‘Total lockdown’ tak berkesan sebab lain yang sakit lain yang diubat
‘Total lockdown’ tak berkesan sebab lain yang sakit lain yang diubat. Kerajaan disaran melaksanakan ‘total lockdown’ dengan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas serta memberi tumpuan khusus kepada sektor yang mencatatkan bilangan kluster tinggi.
Aktivis Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (i-Medik), Dr Ahmad Muslim Ahmad Roslan berpandangan, dalam keadaan sekarang, sukar untuk menentukan langkah yang lebih baik selagi mana penguatkuasaan kurang berkesan dan SOP kurang jelas.
Selain SOP yang kurang jelas, beliau melihat kebocoran kluster juga turut menyumbang kepada ketidakberkesanan ‘lockdown’.
“Kita tengok kes mungkin turun sedikit, tapi nampak mendatar selepas dua minggu, menunjukkan ada kebocoran kluster yang masih berlaku.
“Dan kluster yang tertinggi adalah tempat kerja, yang mana kebanyakannya adalah sektor pengilangan.
“Yang jelas negeri yang kurang sektor pengilangan nampak ada penurunan kes yang baik,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
Mengulas lanjut, Dr Muslim berkata, kesan daripada kebocoran kluster ini, dapat dilihat kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun, sebaliknya kematian terus Brought – In-Dead (BID) semakin meningkat.
“Kapasiti kesihatan sebenarnya sudah di hujung.
“Jika kita biarkan ini terus berlaku khususnya di Selangor dan KL, ia akan memberikan (kesan) kepada negeri-negeri lain yang kes kurang juga,” katanya.
Justeru, beliau mengesyorkan ‘total lockdown’ dijalankan dengan SOP yang jelas dengan memberi tumpuan kepada sektor yang tinggi kluster.
“Sama ada nak longgarkan SOP di negeri-negeri lain itu mungkin langkah seterusnya,” katanya.
‘Total lockdown’ tak berkesan sebab lain yang sakit lain yang diubat
Baca Artikel Menarik :
- Azhan Rani Lega Akaun Ada Lebih Setengah Juta
- FAZURA : MATA KETUMBIT TAPI MASIH CANTIK [VIDEO]
- Agong panggil Speaker Dewan menghadap
- Berhutang Dalam Tempoh Pandemik Bukan Jalannya
- Lelaki dakwa wujud perkauman dalam pemberian vaksinasi
- Resepi Kek Ogura Pandan Bergedik
Layari Laman Facebook MYKMU
UMNO Jeli Cadang Hadkan Kuasa Zahid Hamidi Tentukan Calon PRU15