Mana mungkin Malaysia bebas impak ekonomi Covid-19, Najib beritahu Guan Eng

Najib Razak membidas bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng menolak kemungkinan negara berdepan risiko kemelesetan ekonomi akibat Covid-19, selepas kerajaan baru menganggarkan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar akan merosot sebanyak 0.8% hingga 1.2% tahun ini.

Katanya, Lim pada bulan lalu memberi jaminan Malaysia bebas daripada risiko kemelesetan ekonomi akibat Covid-19 kerana negara berjaya mengharungi cabaran sama ketika penularan SARS pada 2003.

Najib berkata, beliau mengecam kenyataan Lim ketika itu kerana impak Covid-19 jauh berbeza dengan SARS kerana kedudukan dan realiti ekonomi dunia sudah berubah.

“Saya kata dia terlalu pandang rendah impak ekonomi akibat ancaman dan langkah-langkah ekonomi untuk melawan perang dagang jauh berbeza dengan langkah melawan ancaman ekonomi Covid-19.” tulisnya dalam catatan Facebook hari ini.



Jumaat lalu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, anggaran kadar pertumbuhan KDNK akan berkurangan sebanyak 0.8% hingga 1.2% tahun ini, iaitu penurunan sebanyak RM10.8 bilion hingga RM17.3 bilion.

Ia mewakili pertumbuhan KDNK sebanyak 3.6% hingga 4% berbanding unjuran sebelum ini sebanyak 4.8%.

Najib berkata, harga minyak dunia sudah jatuh, manakala harga minyak sawit pula turun ke bawah RM2,300 satu tan berbanding RM3,000 pada Januari lalu.

Bekas perdana menteri itu berkata, jumlah penumpang penerbangan antarabangsa juga berkurangan 25% di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 69% di lapangan terbang lain pada bulan lalu.



“Mana mungkin impak ekonomi Covid-19 tak besar dan Malaysia bebas daripada risiko kemelesetan ekonomi akibat Covid-19 seperti yang dijamin dia?”

“Hanya bekas menteri kewangan seorang yang tak nampak.dan pandang rendah,” katanya sambil menambah Lim “tidak tahu apa-apa”.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker