Lelaki ditemui mati dalam restoran


Lelaki ditemui mati dalam restoran

KEMAMAN – Seorang pengusaha restoran ditemui mati di dalam premis perniagaan miliknya di Kijal di sini semalam.

Mayat lelaki berusia 57 tahun berkenaan dijumpai adiknya dalam keadaan menggantung diri pada pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, adik mangsa kemudiannya telah memaklumkan penemuan mayat abangnya kepada pihak polis.

“Pemeriksaan menjumpai satu tangga di sebelah lokasi mayat lelaki itu tergantung.

“Siasatan awal menolak sebarang unsur jenayah dan perbuatan si mati dipercayai bermotifkan akibat terlalu tertekan akibat masalah ekonomi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, mayat pengusaha restoran tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Tambah beliau, setakat ini. kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. K Online

Lelaki ditemui mati dalam restoran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mustapa makan di cafe, langgar sop

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker