Pemandu Tuk-Tuk Hilang Mata Pencarian, Peminat K-pop Di Thailand Lakukan Untuk Mereka
Pemandu Tuk-Tuk Hilang Mata Pencarian, Peminat K-pop Di Thailand Lakukan Untuk Mereka
BANGKOK: Pemandu ‘tuk-tuk’, Samran Thammasa, 39, tidak pernah mendengar nama bintang K-pop Jessica Jung sebelum pandemik bermula. Namun kini, para peminat selebriti itu di Thailand sedang membantu Samran meneruskan kelangsungan hidup, setelah sekian lama kehilangan penumpang.
Motosikal tiga tayarnya sudah lebih setahun tidak digunakan untuk membawa penumpang. Sejak beberapa bulan lalu, Samran meraih sebanyak 600 Baht (RM78) sebulan hasil daripada iklan K-pop di kenderaannya itu, lapor Reuters.
“Pendapatan itu mungkin tidak banyak bagi kebanyakan orang, namun ia besar bagi kami,” ujar Samran, sambil melihat pada iklan Jessica Jung di ‘tuk-tuk’nya.
Samran biasanya memperoleh sekitar 1,500 Baht (RM195) sehari hasil membawa penumpang ke segenap destinasi di Bangkok. Hampir kesemua itu lenyap apabila pengunjung di bandar raya itu berkurangan sehingga 85 peratus pada 2020, dan Thailand belum lagi melonggarkan sekatan di sempadannya sejak berbulan-bulan.
Kini, bantuan yang datang memang tidak diduga. Golongan muda yang taksub dengan K-pop kini berhenti membelanjakan iklan meraikan hari lahir dan promosi pelancaran album bintang pujaan mereka dari sumber lain, sebaliknya memberikan nilai itu kepada bisnes yang terjejas seperti pemandu tuk-tuk dan penjaja makanan di jalanan.
🐹𝑯𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒃𝒊𝒓𝒕𝒉𝒅𝒂𝒚 𝐉𝐈𝐍 & 𝐕 🐯
♡̷̷̷COMING SOON ♡̷̷̷
🇹🇭 Location: Bangkok #OursmilebeginwithJIN#BelovedV26th_Birthday แล้วพบกันเร็วๆนี้…..รอโด๊ยยยน๊าาาาา🤗 pic.twitter.com/H3J8aH0cHe— เจโฮปหล่อมากกกกกกก fan accout (@nuna_vmin) November 18, 2020
Dalam tempoh itu, Samran dan ramai lagi pemandu tuk-tuk lain kini membawa kenderaan masing-masing ke sekeliling Bangkok. Mereka akan ditahan anak-anak muda para peminat K-pop tempatan untuk bergambar, berkongsi kandungan promosi atau menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu, berserta pemberian tip tambahan.
Setakat ini, inisiatif itu memberi pulangan untuk beratus-ratus pemandu tuk-tuk. Terdapat lebih 9,000 tuk-tuk berdaftar di Bangkok, berdasarkan data kerajaan.
Trend itu bermula sejak protes antikerajaan tahun lalu yang disertai puluhan ribu pelajar yang mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha – yang berkuasa sejak rampasan kuasa tentera.
Ramai peminat K-pop Thailand yang juga golongan penunjuk perasaan, berikrar untuk tidak lagi mengharapkan iklan dari perkhidmatan skytrain atau kereta api bawah tanah – selepas operasi perkhidmatan itu dihentikan bagi menghalang mereka ke lokasi tunjuk perasaan.
Mereka sebaliknya mula mencetak iklan pada vinil atau kadbod dan merekrut pemandu tuk-tuk, iaitu kumpulan yang amat memerlukan.
“Ini ekspresi politik yang menunjukkan kami tidak menyokong kapitalis, Jika dulu kami mahu memasang iklan di stesen kereta api bawah tanah atau di skytrain, tapi sekarang di tuk-tuk,” kata Pichaya Prachathomrong, 27.
Pichaya sendiri pernah memperoleh 18,000 Baht (RM2,300) dari kalangan peminat band Super Junior sewaktu pelancaran album baharu Yesung, sebelum merekrut 13 tuk tuk lain untuk tujuan tempahan menerusi aplikasi popular, LINE.
Perkhidmatan “Tuk Up”, yang dicetuskan mahasiswa berusia 21 tahun, Thitipong Lohawech, pada awalnya adalah untuk membantu puluhan pemandu yang menyewa kenderaan dari garaj keluarganya. Kini, kaedah itu membantu 300 pemandu di seluruh Bangkok.
“Para peminat K-pop mengagihkan pendapatan itu ke akar umbi, yang membantu memacu perubahan sosial dan menyokong ekonomi,” kata Thitipong.
Para pemandu tuk-tuk mengeluh kerana hanya melihat sedikit sahaja daripada bantuan kerajaan yang sejumlah ratusan bilion diterima, memandangkan kebanyakan kaedah penerimaan adalah melalui aplikasi e-dompet.
“Hendak menunggu wang itu sampai, kami sudah nyawa-nyawa ikan,” kata Pairot Suktham, peandu tuk-tuk berusia 54 tahun yang tidak memiliki telefon pintar. “Golongan peminat ini adalah sistem talian hayat kami sekarang… mereka memberi kami harapan untuk terus berjuang.”-Awani
Pemandu Tuk-Tuk Hilang Mata Pencarian, Peminat K-pop Di Thailand Lakukan Untuk Mereka
Baca Artikel Menarik :
- Mustapa makan di cafe, langgar sop
- Kerajaan jagalah rakyat, mereka kini menangis
- Recall system’ beri mandat kepada pengundi
- Jamal Abdillah Dipanggil Polis, Sertai Majlis Sosial Di Ladang
- Resepi Pecel Sayur & Tips Kuah Pecel Tahan Berbulan
- Resepi Sup Ekor Thai Power
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.