DragonForce Malaysia bocorkan data pelajar Israel

DragonForce Malaysia bocorkan data pelajar Israel

Tindakan DragonForce Malaysia Bocorkan Data 280,000 Pelajar Israel Dapat Perhatian Media Pro-Zionist

Sekelompok penggodam pro-Palestin, yang menyebut diri mereka sebagai DragonForce Malaysia, telah membocorkan sekitar 280,000 data pelajar Israel. Data yang dibocorkan oleh kumpulan hacker itu termasuk nama, nombor telepon, alamat email, dan alamat rumah.



Memetik laporan Times Of Israel, pembocoran data tersebut mensasarkan mereka yang mendaftar di bawah AcadeMe – laman web Israel yang membantu pelajar dan para lulusan mencari pekerjaan. Para pakar di Israel sudah meminta agar orang ramai menukar kata laluan dan sentiasa berjaga-jaga dengan email yang mencurigakan.

Penggodam yang dipercayai berasal dari Malaysia ini membocorkan data para pelajar Israel sebagai tindakan balas dendam terhadap kekejaman Israel ke atas Palestin.

Pada peperangan tersebut, jumlah korban di antara warga Palestin di Jalur Gaza, Jerusalem, dan Tebing Barat mencapai 270 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak. Sedangkan di Israel hanya 12 orang yang tewas.



Pertempuran 11 hari yang berlaku pada Mei lalu terjadi antara warga Palestin dan polis Israel di Jerusalem Timur atas keputusan Mahkamah Israel yang mahu mengusir beberapa keluarga Palestin dari wilayah Sheikh Jarrah.

Serangan siber itu diumumkan DragonForce Malaysia dalam catatan ke laman webnya dan maklumat pelajar Israel dikongsi menggunakan aplikasi Telegram, lapor The Jerusalem Post.

Dalam sebuah hantaran ke sebuah forum, DragonForce meminta para penggodam, kumpulan hak asasi manusia, dan aktivis untuk berkempen melawan Israel, yang disebut berulang kali sebagai “Israhell.”



Untuk rekod, pada May lalu DragonForce melancarkan #OpsBedil yang mensasarkan laman web utama Israel. Difahamkan lebih 120 laman web Israel telah digodam. Kejayaan menggodam laman web pangkalan data Israel turut dikongsi di Facebook sebagai bukti, bagaimanapun pihak DragonForce memaklumkan hantaran tersebut telah diturunkan oleh pihak Facebook.

Pada bulan yang sama juga, DragonForce dilaporkan telah berjaya menggodam 5,000 sistem rakaman kamera litar tertutup CCTV yang dipasang di beberapa kediaman milik warga Israel. Vc

DragonForce Malaysia bocorkan data pelajar Israel


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Enggan Pulang Selepas Tamat Belajar Adalah Pengkhianat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker