Kim Jong-un Susut Berat Badan Buat Rakyat Korea Utara Menangis

Kim Jong-un Susut Berat Badan Buat Rakyat Korea Utara Menangis

PYONGYANG: Rakyat Korea Utara dilaporkan bimbang dan ada yang didakwa menangis melihat penampilan baharu pemimpin tertinggi Kim Jong-un yang dikatakan telah kehilangan berat badan secara mendadak.

VIDEO DIBAWAH:-

Laporan tentang tubuh Jong-un yang dilaporkan susut itu disedari susulan analisis saiz pergelangan tangannya apabila tali pada jam tangannya perlu diketatkan berbanding biasa ketika sesi biro politik parti pemerintah awal bulan ini.

Pemimpin yang berketinggian 170 sentimeter sebelum ini dilaporkan seberat 140 kilogram. Namun begitu melihat pada susuk tubuhnya, beliau mungkin sudah kehilangan kira-kira 10 hingga 20 kg.

Lebih mencetuskan kebimbangan orang ramai adalah tabiat Jong-un yang gemar minum alkohol serta merokok. Malah, keluarganya juga mempunyai sejarah penyakit jantung.

Bapa dan datuknya yang merupakan pemimpin terdahulu negara itu turut dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit jantung.

Pakar berpendapat, berat badan yang berlebihan boleh meletakkan beliau berdepan dengan risiko serangan jantung.

News 18 melaporkan, stesen televisyen pemerintah baru-baru ini menyiarkan temu bual bersama penduduk tempatan yang menyuarakan kebimbangan mereka melihat penampilan baharu Jong-un.

Penganalisis kanan Institute for National Unification Korea berpendapat, penyusutan berat pemimpin itu mungkin terarah kepada gaya hidup yang sihat.

“Kalau benar beliau tidak sihat, beliau mungkin tidak akan tampil di khalayak ramai dan muncul secara terbuka pada perayaan utama untuk memperingati mendiang datuknya yang merupakan pengasas Korea Utara,” katanya.

Kementerian Penyatuan Korea mengesahkan pihaknya sedang memantau keadaan kesihatan Jong-un, namun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kehilangan berat badan pemimpin itu.-Reuters

Kim Jong-un Susut Berat Badan Buat Rakyat Korea Utara Menangis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Korea Utara kecam Israel jadikan Gaza ‘medan penyembelihan manusia’, bunuh kanak-kanak

Harga kopi di Korea Utara cecah RM414 sebungkus

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker