TMJ selar pengurusan Harimau Malaya

 

TMJ selar pengurusan Harimau Malaya. PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik pengurusan skuad Harimau Malaya apabila menjadi ‘dalang’ kemerosotan pres­tasi yang dialami oleh pemain sensasi, Safawi Rasid.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa prestasi Safawi ketika pulang daripada tempoh pinjaman bersama kelab Liga Portugal, Portimonense SC cukup baik.

“Lepas pulang daripada Portugal dia (Safawi) menjaringkan gol. Aksi pertama Piala Sumbangsih dah jaringkan gol. Selepas itu dia alami kecederaan. Pulih daripada kecederaan dia jaringkan gol lagi.

“Belum 100 peratus pulih, jurulatih (Tan Cheng Hoe) ambil untuk Harimau Malaya. Sesi latihan yang intensiti rendah. Sampai sekarang ‘down’.



“Sekarang kami kena ‘repair’ dia macam kami kena ‘repair’ setiap pemain kebangsaan yang dapat panggilan yang pergi berlatih macam pergi bercuti,” katanya yang membalas kritikan netizen di laman Instagram semalam.

Sebagai rekod, seramai 13 pemain JDT ‘diperam’ dalam skuad kebangsaan selama hampir sebulan bermula pertengahan Mei lalu bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Bagaimanapun, sebaik pulang ke pangkuan Harimau Selatan minggu lalu, beberapa tonggak utama pasukan termasuk Safawi agak bergelut khususnya dalam membantu pasukan yang kini bersaing pada peringkat Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Thailand.

Sebelum ini, TMJ turut secara terbuka menawarkan diri untuk menguruskan skuad Harimau Malaya selepas kecewa menyaksikan kegagalan pasukan mempamerkan aksi yang diharapkan di UAE.



Antara bentuk perubahan yang mungkin dibawa Tunku Ismail dalam pasukan adalah melantik jurulatih baharu, menyediakan fasiliti latihan terbaik serta memanggil pemain yang benar-benar bersedia untuk menyarung jersi negara.

TMJ selar pengurusan Harimau Malaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rompak syarikat penghantaran, 3 anggota polis ditahan

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker