FDA tambah amaran radang jantung pada Pfizer, Moderna

FDA tambah amaran radang jantung pada Pfizer, Moderna.

AGENSI Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat menambah amaran dalam garis panduan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna untuk menunjukkan risiko berkaitan radang jantung yang jarang berlaku selepas penggunaannya.

Bagi setiap vaksin, lembaran fakta untuk penyedia penjagaan kesihatan telah disemak semula untuk memasukkan peringatan bahawa terdapat laporan mengenai peningkatan risiko myocarditis dan pericarditis.

Ini terutamanya selepas dos kedua, dan timbulnya gejala dalam beberapa hari selepas divaksin.

Pada 11 Jun, lebih daripada 1,200 kes myocarditis atau pericarditis dilaporkan ke Sistem Pelaporan Vaksin Amerika Syarikat (VAERS) daripada sekitar 300 juta dos vaksin mRNA yang telah diberikan.

Kes tersebut lebih tinggi dikesan pada lelaki pada minggu selepas dos kedua vaksin.

Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) AS mengenal pasti 309 individu dimasukkan ke hospital akibat keradangan jantung di bawah usia 30 tahun di mana 295 daripada telah sembuh.

Pengawal selia kesihatan di beberapa negara sedang menyiasat kes myocarditis dan pericarditis yang sering dikesan pada lelaki muda selepas suntikan Pfizer atau Moderna berdasarkan teknologi mRNA.

Kemas kini terbaru daripada FDA susulan tinjauan maklumat dan perbincangan yang meluas oleh Jawatankuasa Penasihat Amalan Imunisasi CDC pada Rabu.

Setakat ini tiada kenyataan daripada Pfizer dan Moderna mengulas perkara itu.

FDA tambah amaran radang jantung pada Pfizer, Moderna


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rompak syarikat penghantaran, 3 anggota polis ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker