Jamal Abdillah Dipanggil Polis, Sertai Majlis Sosial Di Ladang

Jamal Abdillah Dipanggil Polis, Sertai Majlis Sosial Di Ladang. Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi terkenal kerana menyertai majlis sosial dipercayai berlaku di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pada jam 2 petang hari ini, polis mengesan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB).

Katanya, majlis berkenaan membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Melalui gambar tular itu, mereka tidak ada penjarakan sosial dan ada juga tidak memakai pelitup muka.

“Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 24 Jun lalu oleh individu yang turut serta dalam majlis terbabit, ” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Wan Azharuddin berkata, ahli perniagaan tempatan dan beberapa penduduk kampung turut hadir dalam jamuan itu sambil berkaraoke.

Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Semua individu terbabit akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang bentuk majlis atau perhimpunan sepanjang tempoh PKP 3.0 dan sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Jamal Abdillah terjebak ‘pesta’ durian sambil karaoke, niat asal nak beli baja kolam ikan – “Orang jemput makan takkan saya nak tolak”

GARA-GARA memenuhi pelawaan untuk makan durian sambil berkaraoke, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah kini disiasat polis atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana menyertai satu majlis sosial.

Cerita Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 62, dia berada di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor, Perak pada Jumaat lalu bagi mendapatkan baja untuk bisnes kolam ikan yang diusahakannya.

“Betul itu adalah saya, jadi saya nak mohon maaf kepada semua kerana terleka

“Sebenarnya saya ke sana kerana urusan untuk dapatkan baja untuk kolam ikan.

“Lepas itu kawan-kawan yang ada dusun durian ajak saya makan durian, saya ikut la. Orang jemput makan takkan saya nak tolak… hanya singgah sekejap je,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Berhubung suasana seperti sedang berpesta kerana dia dilihat turut menghiburkan peminat, Jamal berkata ia berlaku secara kebetulan.

“Kebetulan tempat tu ada set karaoke, sambil makan… saya menyanyi

“Sebelum tu saya pakai pelitup muka tapi apabila nak makan dan nyanyi, saya letak tepi,” katanya.

Dalam pada penyanyi lagu Belenggu Rindu ini berkata dia sedia memberi kerjasama dan akan hadir ke Balai Polis Tapah kira kira pukul 2 petang Ahad.

Tambah Jamal, dia juga tidak menyangka persinggahannya itu mengundang masalah apabila secara tidak langsung menarik perhatian penduduk kampung untuk turut serta.

“Saya tak tahu dekat situ ada orang lain, jadi apabila orang lihat saya… tiba-tiba ramai datang berkumpul.

“Saya akui memang salah sebab terlepas pandang. Saya hanya memenuhi hasrat orang, tak mahu kecilkan hati orang,”
katanya.-mSTAR/HM

Jamal Abdillah Dipanggil Polis, Sertai Majlis Sosial Di Ladang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Allahyarham Pesan Kasihi Ayah, Jangan Malukan Keluarga” – Jamal Abdillah Mengenang Tan Sri Harussani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker