Pengeluaran KWSP, Ramai Lagi Akan Terjun Laut Dan Bangunan

Pengeluaran KWSP, Ramai Lagi Akan Terjun Laut Dan Bangunan. Orang ramai menggesa kerajaan mempercepatkan kebenaran pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) se­perti i-Sinar dan i-Lestari demi kelangsungan hidup.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di laman sosial, antara golongan yang paling terjejas ketika ini adalah golongan M40 yang kebanyakan tidak mendapat bantuan daripada kerajaan berban­ding golongan B40.

Justeru, ramai menggesa kerajaan melanjutkan segera pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari agar dapat mengurangkan bebanan golongan yang terjejas.

Menurut seorang netizen dikenali sebagai Muhammad Izameel, kerajaan sepatutnya membenarkan pengeluaran daripada KWSP secara terus memandangkan sistem sudah sedia ada.

“Sistem dah ada, luluskan te­rus i-Sinar dan i-Lestari. Mereka yang boleh kerja masa PKP ini tidak mengapalah, yang mana bisnes down tak boleh ber­operasi, mana nak cari duit.

“Mana nak bayar sewa rumah, sewa kedai, bayar pekerja, nak beli susu, lampin pakai buang anak semua. Tak payah nak kaji-kaji lagi, rakyat dah kebulur, itu duit kami, yang mana tak nak, tak payah keluarkan,” katanya.

Senada dengan pendapat itu adalah seorang lagi netizen, Hazlan Alan Abdullah menggesa kerajaan meluluskan pengelua­ran terbabit tanpa perlu mempertimbangkan lagi cada­ngan tersebut.

“Lanjutkanlah i-Sinar 2 kepada kami untuk teruskan kelangsungan hidup sementara keada­an semua kembali pulih, sangat terkesan dengan kehilangan kerja suami isteri, anak kecil ramai yang cukup masa menanti untuk makan, pampers, susu, rumah sewa cukup masa harus dibayar.

“Peniaga kini semakin ramai daripada pembeli, kami yang dalam sektor pelancongan sudah lumpuh, apa lagi yang kami boleh buat, de­ngarlah keluhan kami rakyat marhaen,” ujarnya.

Seorang lagi netizen dengan nama Mat Bunga turut menyua­rakan hasrat sama iaitu mahu kerajaan me­laksanakan segera pengeluaran melalui KWSP ke­rana ketika ini ramai yang sangat terkesan.

“Bantuan apa yang boleh tolong percepatkan dan permudahkan, sebab dalam PKP (Pe­rintah Kawalan Pergerakan) ramai susah cari makan.

“Jangan lepas ini ramai lagi yang tertekan nak terjun laut dan bangunan, kerajaan tolonglah faham masalah rakyat,” tegasnya.

Kosmo! semalam melaporkan kerajaan sentiasa mempertimbangkan semua cadangan dan permintaan yang dikemukakan oleh rakyat termasuk perlanjutan i-Sinar dan i-Lestari.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, berhubung isu moratorium dan i-Sinar, beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan.

“Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, insya-Allah,” ujarnya. -K! ONLINE

Pengeluaran KWSP, Ramai Lagi Akan Terjun Laut Dan Bangunan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rompak syarikat penghantaran, 3 anggota polis ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker