PdPR: Perahu Dijadikan 'Bilik Darjah' Cikgu Nasir di Kinabatangan Demi Anak Murid — MYKMU.NET

PdPR: Perahu Dijadikan ‘Bilik Darjah’ Cikgu Nasir di Kinabatangan Demi Anak Murid

Sebaran :

KINABATANGAN: Perahu menjadi ‘bilik darjah’ seorang guru di Kinabatangan dalam memastikan tiada muridnya tercicir dalam pelajaran ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dijalankan.

Nasir Mohamed Jamal, 39, seorang guru dI Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Permai turut menggunakan perahu itu untuk menghantar modul pembelajaran setiap minggu kepada murid.

“Saya atau rakan guru lain akan mengambil inisiatif sendiri untuk menghantar modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menggunakan perahu sekali atau dua kali seminggu.
“Ini kerana menjalankan PdPR menggunakan peranti adalah mustahil kerana kami tiada perkhidmatan jalur lebar (yang baik),” katanya ketika dihubungi Bernama.

Berbekalkan sebuah beg mengandungi modul PdPR dan meja lipat, Nasir, yang mengajar mata pelajaran Sains, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, meninggalkan rumahnya ke perahu kayu beratap yang dikemudinya sendiri di Sungai Kinabatangan untuk ke rumah murid-muridnya.

Berikutan tiada jeti atau tempat turun dari perahu yang sesuai, beliau keluar dari perahunya dengan berhati-hati di kawasan cetek di tepi sungai dan menjemput muridnya di rumah berdekatan.

“Mari kita belajar hari ini macam biasa,” katanya kepada muridnya dan akan mengimbas suhu badan muridnya, memberikan cecair pensanitasi tangan dan pelitup muka kepada muridnya sebelum sesi pembelajaran di dalam perahu dimulakan.

Nasir yang berasal dari Padang Rengas, Perak dan telah berkhidmat di sekolah itu sejak 10 tahun lepas, mengakui keadaan di kawasan pedalaman yang jauh berbeza di bandar mewujudkan perasaan tanggungjawab dalam dirinya serta lima guru lain di sekolah itu untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai realiti kehidupan di luar kampung mereka.

“Kami (guru-guru) akan menerangkan kepentingan untuk melanjutkan pelajaran kerana mereka ini boleh berjaya dan membawa perubahan kepada masyarakat sekeliling mereka,” tambahnya.

— BERNAMA

PdPR: Perahu Dijadikan ‘Bilik Darjah’ Cikgu Nasir di Kinabatangan Demi Anak Murid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rompak syarikat penghantaran, 3 anggota polis ditahan

Sorry KPM, I’m done! PdPR yang caca marba


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: