Operasi JIM, 75 pendatang dikutip di Pasar Borong Selangor
Operasi JIM, 75 pendatang dikutip di Pasar Borong Selangor. Cubaan sekumpulan warga asing menggunakan pelbagai taktik untuk mengelak daripada dicekup Jabatan Imigresen (JIM) termasuk bersembunyi di dalam kotak ikan dan longkang, tidak berhasil setelah mereka ditahan dalam operasi yang dilakukan di Pasar Borong Selangor, awal pagi tadi.
Dalam serbuan bermula pukul 1 pagi itu, seramai 72 warga asing membabitkan 39 pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Bangladesh (19) , Myanmar (sembilan), Indonesia (tiga) dan masing-masing seorang warga India dan Nepal berjaya ditahan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata kesemua warga asing berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu ditahan kerana disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati, ada antara warga asing yang ditahan itu merupakan pemegang kad UNHCR, namun kad yang dikemukakan meragukan.
“Sehubungan itu, siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti kesahihan kad tersebut serta pemeriksaan sama ada mereka ini mempunyai dokumen serta permit kerja berdasarkan sektor mengikut permohonan mereka.
”Kesemua mereka akan dibawa ke Jabatan Imigresen Selangor untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas menyertai pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam Op Patuh di Pasar Borong Selangor di Serdang, yang berakhir 4 pagi tadi.
Beliau berkata Op Patuh yang berkuat kuasa hari ini akan diteruskan bagi membanteras ketidakpatuhan SOP secara bersepadu dengan menumpukan aspek penyalahgunaan surat kelulusan yang dikeluarkan oleh kementerian, jabatan atau agensi yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara.
Sementara itu, dalam operasi yang turut disertai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Pengarah Penguatkuasanya, Azman Adam berkata sebanyak 42,552 premis di seluruh negara diperiksa dalam tempoh 1 Jun hingga semalam.
Dalam tempoh itu, pihaknya telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM2.03 juta kerana pelbagai kesalahan melanggar SOP PKP.
“Pemantauan sentiasa diteruskan bagi memastikan pematuhan peniaga terutamanya mereka yang di bawah sektor yang dikawal selia KPDNHEP berada pada tahap tertinggi,” katanya.
Operasi JIM, 75 pati dikutip di Pasar Borong Selangor
Baca Artikel Menarik :
- Polis terima laporan berhubung surat palsu Hishammuddin
- RESEPI KUIH LAPIS BERGEDIK SUKATAN CAWAN
- Terkhilaf keluar Amanah, Hasnul minta maaf
- RM20,000 sehari jual durian waktu PKP
- JKom dibayar lawan pembangkang, bukan saya – Najib
- Siti Elizad mandul? Kau cuit salah orang
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.