Gantung diri selepas kecewa dalam cinta


Gantung diri selepas kecewa dalam cinta

SEBERANG PERAI – Seorang pelatih sebuah pusat serenti di Bukit Mertajam di sini ditemui mati dalam keadaan lehernya tergantung di hadapan pintu tandas sebuah bilik, dekat sini semalam.

Mangsa berusia 36 tahun itu ditemui dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri oleh seorang petugas yang melakukan rondaan kira-kira pukul 8.10 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, siasatan pihaknya menemui satu nota di dalam sebuah buku yang tertera tulisan dalam bahasa Tamil.



Beliau berkata, nota yang diletakkan di atas katil itu menyebut bahawa dia meminta maaf kepada ibunya kerana menyusahkan keluarga.

Menurut Shafee, ia turut tertera catatan bahawa mangsa datang ke pusat serenti itu untuk berubah demi teman wanita, namun wanita itu telah berjumpa lelaki lain menyebabkan si mati berasa kecewa dan tidak akan menyusahkan lagi.

Sementara itu, beliau berkata, mangsa yang mempunyai empat rekod berkaitan dadah tersebut dikatakan masuk ke pusat serenti itu secara sukarela pada April lalu kerana mahu berubah.

“Dia bagaimanapun diasingkan selepas pakar perubatan mendapati lelaki itu mempunyai masalah kudis buta bagi mengelak daripada menjangkiti pelatih lain,” katanya.



Shafee berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. K Online

Nasihat kepada di luar sana sekiranya anda kecewa dalam apa hal sekali pun, janganlah bertindak membunuh diri kerana ia adalah sifat orang yang lemah dan menyusahkan semua orang. Jadilah manusia. Yang kuat dan mampu melawan dengan perasaan sendiri.

Gantung diri selepas kecewa dalam cinta


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki campak kucing ke sungai dicari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker