Wanita terkejut tiba-tiba jadi ‘billionaire’


Wanita terkejut tiba-tiba jadi billionaire

Washington: Seorang wanita Florida dilaporkan terkejut ketika mahu mengeluarkan wang AS$20 (RM83) dari mesin pengeluaran automatik (ATM) apabila mendapati akaunnya mempunyai baki mencecah AS$1 bilion (RM4.2 bilion).

New York Post melaporkan ketika kejadian, Julia Yonkowski dari Largo memeriksa baki banknya sebelum mengeluaran wang pada hari Sabtu.

Apa yang mengejutkan, resit menunjukkan jumlah baki AS$999,985,855.94 dalam akaunnya, lapor WFLA.



Dia yang terkejut memberitahu WFLA bahawa dia ingin mengembalikan sejumlah besar wang itu kerana dia tidak dapat menerima wang daripada orang tidak dikenali.

“Ya Tuhan, saya merasa ngeri. Saya tahu kebanyakan orang menganggap mereka memenangi loteri tetapi saya berasa ngeri,” kata Yonkowski kepada media.

Jurucakap Bank Chase, Amy Bonitatibus menjelaskan, penyata menunjukkan hampir AS$1 bilion pada akaun Yonkowski sebenarnya bukanlah baki akaun wanita itu.

Beliau berkata, pihak bank sudah menghubungi wanita berkenaan untuk menjelaskan ‘kekeliruan’ terbabit.



“Cawangan tempatan bank kami dan kumpulan perkhidmatan pelanggan kami sudah bercakap dengan Yonkowski untuk menjelaskan ‘perbezaan’ itu,” katanya kepada New York Post. HM

Bayangkan kalaunakaun kita tiba-tiba ada berbilion, jangan mati terkejut jadi billionaire pulak.

Wanita terkejut tiba-tiba jadi billionaire


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Aliff Syukri derita rindu berbelanja di Pavillion

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker