Shahidan jangan putar belit, kata Puad
Shahidan jangan putar belit, kata Puad
Jangan putar belit tempoh 14 hari diberikan Umno, Puad beritahu Shahidan
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi meminta Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Shahidan Kassim tidak memutar belitkan tempoh 14 hari yang diberikan parti itu kepada kerajaan untuk membuka semula Parlimen.
Beliau berkata, Speaker Dewan Rakyat boleh memanggil Parlimen bersidang secepat mungkin tanpa memerlukan notis 28 hari seperti yang dinyatakan Shahidan semalam.
“Semua orang tahu Speaker perlu beri notis 28 hari untuk panggil sidang Parlimen. Itu adalah dalam keadaan normal guna Peraturan Mesyuarat 11(2).
“Tetapi, Speaker juga boleh panggil sidang Parlimen atas alasan ‘case of urgency’ guna Peraturan Mesyuarat 9(2)(a) dan sidang khas Parlimen guna Peraturan Mesyuarat 11(3).
“Apa komen Shahidan dalam Peraturan Mesyuarat 9(2)(a) dan 11(3) di atas? Jangan putar belit isu 14 hari,” katanya dalam catatan di Facebook.
Semalam, Shahidan dilaporkan berkata, sebarang notis memanggil sidang Parlimen perlu dibuat dalam tempoh 28 hari, bukannya 14 hari seperti dibangkitkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Kenyataan Shahidan itu menyusul tempoh 14 hari yang diberikan Umno kepada kerajaan untuk memanggil Parlimen bersidang semula, dan jika gagal berbuat demikian, parti itu akan mengadakan mesyuarat khas MKT bagi mengambil tindakan lanjut.
Puad berkata, tidak kira apa tafsiran mengenai tempoh 14 hari itu, Umno bertindak demi rakyat dan sejajar titah Yang di-Pertuan Agong untuk Parlimen bersidang secepat mungkin.
“Shahidan buat tuduhan serius bahawa 14 hari adalah ugutan. Apakah buat sidang media kecam parti bukan ugutan untuk hayat politik?” soalnya.
“Kerajaan PN terbukti gagal. Gagal buktikan darurat berkesan. Juga gagal buktikan gantung Parlimen berjaya kurangkan kes Covid-19.” FMT
Shahidan jangan putar belit, kata Puad
Baca Artikel Menarik :
- Kemalangan cetus pergaduhan, rider foodpanda ditahan
- Bomba selamatkan wanita dikurung suami alami tekanan
- Agong wajar bertindak atas nasihat PM mengikut Perlembagaan
- Siti Sarah dan Shuib kembali berduet
- Lagu lucah, Uyaina Arshad mohon maaf
- Resepi Kari Kambing special
Layari Laman Facebook MYKMU
Nazri Aziz mastermind kumpul SD sokong Hishammuddin