Dah kenapa saya nak tangkap Ruhainies, soal Bella

Dah kenapa saya nak tangkap Ruhainies, soal Bella

Didakwa sudah lama membuat perancangan penangkapan ke atas suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies yang berlaku di sebuah kondominium mewah di ibu negara 9 Mac lalu , pelakon Bella Astillah tampil menafikan tuduhan tersebut.

Malah Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, mengakui terkejut dan terkedu sebaik mendapat maklumat mengenai tangkapan dilakukan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu.



“Semua tahu saya baik dengan pelakon perempuan itu (Ruhainies).

“Dah kenapa pula saya merancang untuk menangkap mereka?

“Saya sendiri terkejut dengan kejadian yang berlaku (ditangkap khalwat) itu,” katanya dalam sebuah program hiburan, semalam.

Tidak berkudis dengan fitnah dihambur segelintir individu, ibu kepada dua cahaya mata itu memilih reda berdepan ujian selain dalam proses untuk melupakan insiden pahit dilalui.



“Dalam keadaan sekarang ini, tak boleh nak cakap apa sebab benda ini sudah terjadi.

“Sekarang ini saya fokus untuk ‘move on’ saja,” ujarnya tersenyum.

Pada masa sama, Bella turut mendedahkan dirinya pernah dihubungi seorang individu yang ingin memberikan maklumat berkenaan Aliff.

“Ada orang hubungi saya dan mahu bagi maklumat sikit, saya dah berjumpa dan ambil nombor telefon dia.



“Sebenarnya dia dah lama nak cari dan hubungi saya, tapi saya yang tak berkesempatan sebab terlalu sibuk,” dedah Bella.

Namun, pelakon dan penyanyi terbabit tidak mendedahkan butiran perjumpaan dengan pihak berkenaan.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur yang membawa kepada proses perceraian. K Online

Dah kenapa saya nak tangkap Ruhainies, soal Bella



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini



Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida



Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker