Pembunuh, alasan? Khairy jawab pengkritik
Pembunuh, alasan? Khairy jawab pengkritik. Dikatakan pembunuh dan banyak memberi alasan, Khairy tampil menjawab pengkritik.
Menteri yang bertanggungjawab dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) Khairy Jamaluddin hari ini menjawab kritikan terhadapnya dengan berkongsi laporan berita yang dilihat selaras dengan dasar vaksinasi diamalkan negara.
Ia dilakukan dalam beberapa siri catatan Instagram Stories.
Berhubung kritikan tentang dasar menggunakan dua dos vaksin berbeza untuk seorang penerima vaksin, Khairy berkongsi laporan berita AFP baru-baru ini mengenai Canselor Jerman Angela Merkel yang menerima suntikan vaksin Moderna setelah menerima dos pertama AztraZeneca.
Pada 17 Jun, Khairy mengatakan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan kaedah “mix-and-match” untuk meningkatkan keberkesanan vaksin.
Sebilangan besar percubaan untuk strategi ini sedang berlangsung di seluruh dunia. Laporan Kini Guide Malaysiakini sebelum ini mengulas mengenai perkara itu. https://www.malaysiakini.com/news/579479
Khairy dalam posting Instagram Story memnyorot bahawa antara kritikan yang diterimanya adalah digelar sebagai “pembunuh”.
Mengenai kritikan yang mendakwa dia sengaja membuat alasan dengan menyalahkan pengedaran vaksin secara tidak adil di seluruh dunia, menteri itu berkongsi laporan berita yang memetik Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Ghebreyesus dipetik oleh Reuters pada 24 Mei mengatakan bahawa 75 peratus vaksin Covid-19 diberikan oleh hanya 10 negara.
Walaupun Khairy berulang kali mengatakan secara terbuka bahawa Malaysia tidak memiliki daya beli yang dimiliki beberapa negara, dia semalam menuduh Eropah membolot vaksin.
Susulan itu, duta Kesatuan Eropah, Michalis Rokas menafikan tuduhan itu dan berkata bahawa 5 juta vaksin dari Eropah telah sampai ke Malaysia.
Namun, salah seorang penasihat Khairy telah menyorot bahawa vaksin tersebut kebanyakan telah diberikan kepada penerima.
Mengenai dakwaan bahawa pusat vaksinasi “besar-besaran” sebagai membazir, Khairy berkongsi laporan berita BBC yang menggambarkan perkara sama juga dilakukan di UK.
Mengenai kritikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Putrajaya tidak menumpukan kepada istila “imuniti kelompoh”, Khairy berkongsi artikel berita yang menyebut penasihat perubatan kepada presiden AS, Dr Antony Fauci menyebut “imuniti kelompok” sebagai “elusif” dan “mistikal”.
Fauci berulang kali menyatakan bahawa “imuniti kelompok” terhadap Covid-19 adalah “konsep yang sukar difahami” kerana tidak ada peratusan pasti penduduk yang perlu diberi vaksin untuk mencapainya.
Sebaliknya, strategi untuk AS, kata Fauci adalah untuk memberi tumpuan kepada vaksinasi sebanyak mungkin orang, bukannya fokus pada ambang dan peratusan tertentu.
Pada 21 Jun, 18.73 peratus daripada 23.41 juta orang dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Putrajaya berhasrat untuk memvaksinasi 80 peratus penduduk pada akhir tahun. Mk
Pembunuh, alasan? Khairy jawab pengkritik
Baca Artikel Menarik :
- Kemalangan cetus pergaduhan, rider foodpanda ditahan
- Bomba selamatkan wanita dikurung suami alami tekanan
- Agong wajar bertindak atas nasihat PM mengikut Perlembagaan
- Siti Sarah dan Shuib kembali berduet
- Lagu lucah, Uyaina Arshad mohon maaf
- Resepi Kari Kambing special
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.