England muncul juara kumpulan D

 

England muncul juara kumpulan D. Jaringan tunggal Raheem Sterling memastikan England mara ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan D, Euro 2020 selepas menewaskan Republik Czech 1-0 di Stadium Wembley,  sebentar tadi.

Pengendali pasukan itu, Gareth Southgate membuat keputusan untuk merombak kesebelasan utama dengan memberi peluang kepada Bukayo Saka dan Jack Grealish mengemudi jentera serangan.



Keputusan tersebut nyata tepat apabila kedua-dua pemain berkenaan beberapa kali mengucar-ngacirkan pertahanan pasukan pelawat sebelum Grealish berjaya mencipta peluang buat  Sterling membuka tirai jaringan pada minit ke-12.

Tersentak dengan jaringan itu, Republik Czech memperkemaskan jentera serangan dan berjaya meraih peluang terbaik menyamakan kedudukan tetapi rembatan Tomas Holes dinafikan penjaga gol England, Jordan Pickford.

Kapten skuad Three Lions, Harry Kane turut meraih peluang untuk menggandakan jaringan tetapi dia gagal memanfaatkan peluang terhidang sekali gus menyaksikan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama.



Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi tiada jaringan yang berjaya dihasilkan.

Lima minit sebelum berakhir masa perlawanan, pemain gantian, Jordan Henderson berjaya mencetak nama sebagai penjaring namun  golnya dibatalkan ekoran berada dalam kedudukan ofsaid.

Kemenangan itu menyaksikan England mengekalkan rekod tanpa kalah dan tidak dibolosi sebarang gol sepanjang aksi peringkat kumpulan pada kempen kali ini.

PERTAHANAN England, Luke Shaw menanduk bola sambil dicabar pemain tengah Republik Czech Jakub Jankto dalam pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi terakhir kumpulan D.-AFP

England bakal berdepan tugas getir di pusingan 16 terbaik apabila dijadualkan bertemu dengan naib juara Kumpulan F yang berkemungkinan diisi oleh tiga pasukan



England muncul juara kumpulan D


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ambil tindakan terhadap Zahid – Shahidan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker