Panduan sewa rumah, elak kena tipu


Panduan sewa rumah, elak kena tipu
7 Panduan Elak Ditipu Sebelum Sewa Rumah, Tips Sangat Bernilai

Tips dan panduan elak ditipu sebelum sewa rumah ini dikhususkan bagi yang berhajat untuk sewa rumah.

7 panduan ini terdiri merangkumi

1. Bayar Booking Rumah Selepas View




Masalah ini kerap kali berlaku khususnya penipuan sewa rumah di portal Mudah, facebook atau web berkaitan rumah sewa.

Ia menjadi lebih dramatik apabila prospek tenant dalam keadaan terdesak ‘desperate’ untuk dapatkan rumah sewa dengan segera.

Dicampur pula dengan ayat-ayat madu scammer

“Rumah ni dah ramai yang call, kalau awak nak saya hold dulu. Janji bayar booking cepat-cepat”



Hati prospek tenant pun cair. Nampak ruginya jika tak terus booking. Takut melepas rumah tersebut.

Harus diingat,

Betul ke itu owner sebenar?

Apa black and white untuk buktikan memang betul sah booking tersebut



Jadi kaedah terbaik, booking dibayar semasa atau selepas view rumah. Bukan sebelum view rumah atau semasa call bertanya berkenaan rumah sewa.

Nota bagi student: Bayaran booking dan deposit rumah hendaklah dikumpul dan setiap orang mesti bayar portion tersebut. Tiada istilah ‘cover’ kawan punya portion. Sebab booking dan deposit adalah komitmen bayaran untuk menyewa. Jika tidak bayar bermaksud, tiada komitmen. Orang yang tidak bayar boleh sesuka hati keluar atau tamatkan sewaan. Akhirnya rakan lain yang terbeban.

2. View Rumah dan Inspection


Semasa view keadaan rumah. Pastikan kerosakan barangan atau premis rumah sewa tersebut. Tentukan baikpulih adalah tanggungjawab siapa.



Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Supaya tak menjadi masalah di kemudian hari.

Jangan lupa untuk tentukan status perabot, sama ada ditinggalkan atau dibawa keluar oleh owner.

3. Set Kadar Sewa dan Bayaran Lain

Business handshake
Semasa view atau selepas view, pastikan kadar sewa (rental) telah dipersetujui bersama, berserta dengan fasiliti yang ada seperti caj pengurusan/keselamatan, bil indah water, utilities, tarikh bayaran sewa, deposit dan lain-lain.



Seeloknya ada keterangan yang jelas berkaitan kos yang ditanggung oleh penyewa dan tuan rumah.

4. Bincang Dahulu Sebelum Setuju

Jangan eksited
Jangan kelabu mata
Sabar dan tenangkan jiwa dahulu



Ini pesanan khususnya bagi student atau sewa berkumpulan.

Seeloknya semasa view rumah, semua perlu hadir untuk tengok keadaan rumah. Elakkan hantar wakil. Ada beberapa kes pertelingkahan berlaku disebabkan setuju sebelum bincang.

Jika tidak dapat juga hadir, wakil yang datang untuk view mesti dapatkan maklumat secukupnya dan ambil gambar untuk dibawa berbincang dengan rakan-rakan lain. Maklumat yang perlu;

Kadar sewaan & deposit (security & utility)
Tarikh bermula sewaan
Perabot atau peralatan yang disediakan oleh owner
Kerosakan sedia ada
Bayaran-bayaran lain di bawah tanggungjawab siapa (security, maintenance, indah water dsb)

5. Perjanjian Sewaan Rumah tenancy agreement


Pastikan ada Perjanjian Sewaan Rumah ‘Tenancy Agreement’ yang lengkap mengikut syarat yang dipersetujui bersama.

Antara perkara penting ialah tempoh kontrak sewaan. Hendaklah secara jelas dinyatakan dalam agreement tersebut.

6. Bayaran Sewa Hendaklah Melalui Bank Bukan Cash


Seeloknya bayaran sewaan rumah dibayar melalui bank iaitu sama ada online banking atau melalui mesin atm. Kenapa?

Untuk mengelakkan terlupa, tersilap catat bayaran. Sekiranya melalui bank, rekod dah tersedia ada. Tak perlu bimbang berkenaan resit pembayaran.

7. Pandai ambil hati owner, tapi jangan lebih-lebih


Pandai ambil hati owner tak bermaksud pandai menggoda atau berayat manis dengan owner. Yang penting adab dan etika.

Yang paling power, pandai jaga rumah owner. Kebersihan dan infrastruktur rumah. Contohnya, apabila tombol atau lampu rosak, penyewa tanggung bayar. Elakkan minta owner ganti. Ini DILARANG KERAS terutama bagi kes rumah kadar sewa di bawah market. Jangan banyak komplain. Owner dah bagi murah dah patut bersyukur.

Paling cantik, jika kita nak cat rumah. Mesej owner.

“Tuan, saya nak cat rumah ini, biar nampak cantik skit. Kos semua saya tanggung. Saya nak minta izin ye”

Kalau macam ni, owner pun sayang dan mungkin tak naikkan kadar sewa.

Tapi kalau owner dah janji dia akan repair segala kerosakan rumah, ditambah pula kadar sewa pun lebih dari market. Bagitau sahaja owner tentang rosak.

Panduan sewa rumah, elak kena tipu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mila Jirin terpaksa jual durian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker