BMW Hitam Punya Pasal [VIDEO]

BMW Hitam Punya Pasal [VIDEO]

Sungai Petani: Kereta BMW hitam yang menjadi punca pertengkaran individu mendakwa pemilik kenderaan itu dengan ejen penarik kereta hingga tular di media sosial didapati didaftarkan atas nama orang lain.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, berikutan itu, pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut dan laporan polis berhubung kejadian terbabit setakat ini diklasifikasi sebagai rujuk ke mahkamah (RKM).

Menurutnya, pada 8.57 pagi Sabtu lalu, pihaknya mengesan satu video serta beberapa gambar berhubung kejadian sekumpulan penarik kereta yang cuba mengambil sebuah BMW hitam dimuat naik seorang wanita di akaun Facebook (FB) miliknya.

“Video itu memaparkan sekumpulan penarik kereta yang diarah bank mengambil kenderaan terbabit di hadapan sebuah rumah di Bandar Perdana kerana mempunyai tunggakan.



“Bagaimanapun, situasi di lokasi kejadian bertukar tegang apabila berlaku pertengkaran membabitkan beberapa individu di percayai penarik kereta dan juga pemilik BMW terbabit hingga video kekecohan itu tular,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kejadian yang dimuat naik serta tular berkenaan berlaku jam 1.30 tengah hari Jumaat lalu dan ketika itu bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda ada menerima panggilan berhubung kes terbabit.

“Anggota kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian dan ketika itu, kedua-dua pihak iaitu penarik serta pemilik kenderaan terbabit sedang bertengkar.

“Anggota polis cuba menenangkan semua pihak dengan meminta mereka berbincang untuk menyelesaikan masalah itu sebelum semakan lanjut mendapati kereta BMW yang ingin diambil itu didaftar atas nama orang lain,” katanya.



Adzli berkata, disebabkan itu, ia terpaksa dibawa ke balai polis dengan kedua-dua pihak berkenaan turut diminta membuat laporan.

“Kes diserah kepada pegawai penyiasat yang kemudian menghubungi wakil bank yang mengeluarkan surat tarik kenderaan itu bagi mengetahui status kereta berkenaan dan untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, kita mengklasifikasikan laporan kes itu sebagai RKM dengan kenderaan terbabit kini ditarik pihak bank melalui ejen mereka,” katanya.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan isu terbabit diminta berhubung dengan polis selain dinasihati tidak menularkannya di media sosial.



“Orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular berhubung kejadian terbabit dan sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Kuala Muda di talian 04-4236999,” katanya.

 

BMW Hitam Punya Pasal [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker