Kluster Mahkamah ugut kerajaan, dakwa Bersatu
Kluster Mahkamah ugut kerajaan, dakwa Bersatu
’14 hari’ cubaan terbaru ‘Kluster Mahkamah’ ugut kerajaan, kata pemimpin Bersatu
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman, menganggap tindakan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, memberikan tempoh 14 hari kepada pemerintah untuk memanggil sidang Parlimen, di sebalik kontroversi mengenai tafsiran ke atas titah Yang di-Pertuan Agong, sebagai ‘ugutan’ daripada ‘Kluster Mahkamah’.
Katanya, ‘ugutan’ sedemikian pernah dibuat sebelum ini, cuma bezanya bahasa digunakan yang mengikut sentimen semasa.
“Saya menganggap ini ugutan dari ‘Kluster Mahkamah’ dan juga para pengikut mereka. Tidak semua warga Umno itu pro-Kluster Mahkamah. Ini ugutan yang entah kali ke berapa sejak Najib Razak dijatuhi hukuman bersalah pada 28 Julai 2020. Cuma alasan serta penggunaan bahasa mereka yang berbeza mengikut sentimen semasa.
“…sekarang mereka guna modal titah Istana Negara dan kenyataan Raja-Raja Melayu berkenaan Parlimen. Mereka hanya fokus nasihat mengenai pembukaan Parlimen saja, bukannya kestabilan politik atau usaha melawan Covid-19 yang turut diseru oleh Agong,” katanya kepada FMT.
Faiz berkata, Bersatu dari awal konsisten Parlimen dibuka seawal mungkin berdasarkan sasaran kadar vaksinasi, penurunan drastik kes Covid-19, persiapan SOP serta peraturan dan sistem baharu untuk merealisasikan persidangan secara maya atau hibrid.
“…dan jangkaannya berdasarkan situasi semasa adalah dalam September atau Oktober, yakni setelah darurat tamat 1 Ogos nanti,” tambah beliau.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin, berkata ‘cadangan’ Agong akan dilaksanakan mengikut undang-undang.
“Kita hormat titah dicadangkan Agong, dan tindakan akan dilaksana berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang,” katanya.
Terdahulu, Zahid mendesak kerajaan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari, mengatakan pemerintah tidak perlu “berdolak-dalik lagi” dengan istilah “secepat mungkin” dan “segera”.
Katanya, kegagalan kerajaan mematuhi titah itu dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati Institusi Raja-Raja. FMT
Kluster Mahkamah ugut kerajaan, dakwa Bersatu
Baca Artikel Menarik :
- Notis palsu mesyuarat biro politik UMNO
- Remaja jumpa botol plastik berisi nota merentasi lautan Atlantik
- Abdul Wahid Gabenor Bank Negara yang baru?
- Kenyataan YDP Agong Majlis Raja-Raja kemuncak suara rakyat
- Resepi Udang Masak Merah Madu
- Resepi Bubur Pulut Hitam Campur Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.