Copa America: Chile denda pemain langgar protokol COVID-19

Copa America: Chile denda pemain langgar protokol COVID-19. Beberapa pemain bola sepak kebangsaan Chile akan didenda gara-gara tindakan mereka mengundang pendandan rambut ke ‘gelembung Copa America’, sekaligus melanggar protokol ketat bagi membendung penyebaran COVID-19, kata Persekutuan Bola Sepak Chile (FFC) pada Ahad.

FFC memaklumkan tidak ada pemain atau pegawai yang diuji positif COVID-19 selepas kejadian itu tetapi kesemua mereka mengakui melakukan kesalahan itu.

Nama mereka yang terlibat tidak disebut, tetapi akhbar Chile melaporkan pemain tengah Inter Milan, Arturo Vidal dan kapten Gary Medel sebagai antara yang terbabit.

Copa America berlangsung sejak 13 Jun lalu sehingga 10 Julai, dengan Brazil bersetuju untuk menjadi tuan rumah kejohanan berkenaan kurang dari dua minggu sebelum ia bermula selepas Argentina menarik diri susulan lonjakan kes COVID-19.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro bersetuju untuk mengambil alih tanggungjawab itu walaupun negara itu juga masih bertarung dengan jumlah kes jangkitan yang masih tinggi.

Pada Sabtu, jumlah kematian keseluruhan di negara terbesar di Amerika Selatan itu melebihi 500,000.

Penganjur kejohanan bagaimanapun memberi jaminan Copa America 2021 akan menjadi “acara sukan paling selamat di dunia”.

Copa America: Chile denda pemain langgar protokol COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

PKR kata pandangan Hadi mengenai musuh Islam di Malaysia janggal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker