Tiga beranak dipatuk ular tedung tikus


Tiga beranak dipatuk ular tedung tikus

Tiga beranak dipatuk ular tedung tikus
Anggota bomba menangkap ular tedung tikus di sebuah kediaman di Sekinchan, Selangor.

Seorang wanita bersama dua anak saudara di bawah jagaannya melalui detik yang cemas apabila dipatuk ular tedung tikus di rumah mereka.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 2.25 petang tadi di Sekinchan, Selangor.



Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor telah menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.25 petang tadi.

Jentera Bomba dan Penyelamat dengan dua anggota dikejarkan ke rumah kejadian itu dan tiba pada jam 7.29 malam di lokasi kejadian.

”Kami dimaklumkan wanita berkenaan sedang memandikan dua anak saudaranya di bilik air sebelum mereka dipatuk ular tedung itu.



“Suami wanita yang menyedari insiden itu bertindak pantas membawa ketiga-tiga mangsa ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan,” kata Komander operasi Muhammad Zulirfan Zulkifli dalam kenyataan hari ini.

Ketiga -tiga mangsa dilaporkan stabil selepas diberi rawatan dan dibenarkan pulang ke rumah.

“Bomba mendapati ular tedung tikus itu bukan ular berbisa. Ular itu yang berada di bilik mandi berjaya ditangkap dan dilepaskan di kawasan yang lebih selamat,” katanya. MG

Tiga beranak dipatuk ular tedung tikus




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Polis akan panggil Takiyuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker