Resepi Udang Masak Merah Madu
Resepi Udang Masak Merah Madu
Selalu makan ayam masak merah, ayam madu dah. Sekarang kita cuba resepi udang masak merah madu pula.
Rasanya memang meletop dan sedap. Kalau dah makan memang nak tambah lagi.
Bahan masak
500gram udang(saiz sederhana)
1 biji bawang besar(dipotong bulat)
1 sudu besar kismis
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula putih
2 sudu besar SOS tomato
2 sudu besar SOS cili
1 sudu besar SOS tiram
Serbuk perasa@garam (jika perlu)
Bahan Kisar
10-15 batang cili kering(direbus atau Direndam air panas Dan toskan)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak , masukkan udang dan gorengkan sehingga udang masak . ( Angkat dan ketepikan )
2. Gunakan minyak yg sama , tumis cili yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak .
3. Kemudian masukkan sos tomato , sos cili , sos tiram ,kismis ,madu dan gula . Gaulkan kesemuanya dan masakkan seketika.
4. Masukkan bawang dan udang yg digoreng tadi , Gaulkan sehingga rata dan sebati .
5. Angkat dan siap untuk dihidang .
Resepi Nurul Ateekah
Udang memiliki banyak manfaat jika dimakan seperti dapat menjaga kesihatan kulit, rambut dan kaki serta mampu mencegah anemia.
Selain meningkatkan tenaga, udang juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan serta risiko hypothyro.
Banyak sebenarnya khasiat dan manfaat memakan udang dan ia berita baik untuk penghidap thyroid kerana udang dikatakan dapat menjaga kesihatan kalenjar thyroid. Rajin-rajinlah bertanya Pak Google untuk mengetahui lebih banyak manfaat dan khasiat udang.
Resepi Udang Masak Merah Madu
Baca Artikel Menarik :
- Hormat Agong, usaha segera buka persidangan – kata Rais
- Sebutan semula kes Neelofa dan PU Riz ditangguh
- Resepi sup kambing berempah sedah sungguh
- Pensyarah UiTM didakwa buat gangguan seksual
- Ebit Lew Lepas Rindu – Sambut Hari Lahir Isteri [VIDEO]
- Persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.