England vs Scotland seri di Wembley
England vs Scotland seri di Wembley. England mensia-siakan peluang untuk mara awal ke kelompok 16 terakhir dalam perlawanan kumpulan D Euro 2020 apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 menentang Scotland di Stadium Wembley awal pagi tadi.
Harapan tertumpu kepada pemain pertahanan, John Stones apabila menanduk masuk tiang pada minit ke-12, sementara pemain Scotland, Stephen O’Donnell gagal menyudahkan gerakan selepas tendangan voli oleh Jordan Pickford menafikannya.
Skuad kendalian Gareth Southgate itu berjaya mengumpul empat mata dan bakal mara ke pusingan seterusnya sekiranya perlawanan Selasa ini membuahkan hasil dalam aksi terakhir menentang Republik Czech.
Sementara itu, pada perlawanan sebelumnya, Republik Czech mendahului satu jaringan menentang Crotia di Glasgow.
Namun, sepakan Ivan Perisic pada minit ke-47 meledak gol penyamaan pasukannya, menyaksikan saingan Kumpulan D itu berakhir dengan keputusan seri.
England vs Scotland seri di Wembley
Baca Artikel Menarik :
- Penggunaan ICU melebihi kapasiti satu kejayaan?
- Resepi Gulai Lemak Telur Merecik
- Amy Search ambil vaksin sambil belanja Fantasia Bulan Madu [VIDEO]
- Artis mengaku pada polis beli ganja online
- Parlimen perlu bersidang secepat mungkin – Agong
- Gangguan seksual oleh Pensyarah, UiTM buat laporan polis
Layari Laman Facebook MYKMU
Ronaldo Alih Minuman, UEFA Bakal Kenakan Denda
You must be logged in to post a comment.