Shuk Sahar mengaku kahwin lain tahun lepas

Shuk Sahar mengaku kahwin lain tahun lepas

TERJAWAB semua persoalan apabila pelawak kontroversi, Shuk Sahar akhirnya mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini iaitu Fara Salleh November tahun lalu.

Bagaimanapun, Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 38, lebih selesa untuk berkongsi mengenai kisah rumah tangganya kepada orang terdekat sahaja.

Sejujurnya, apa yang dikeluarkan mengenai perkahwinan saya adalah betul. Saya sudah berkahwin pada November tahun lalu.

“Namun, akan ada satu masa saya akan maklumkan mengenai perkara tersebut. Bukanlah mahu berahsia mengenai perkahwinan ini sebab keluarga dan rakan terdekat pun sudah tahu.

Cuma, belum sampai masa untuk saya bercerita mengenai hal ini dengan lebih terbuka,” katanya dalam sebuah video temu bual.

Berkongsi lanjut, bekas peserta Raja Lawak musim kelima itu enggan berkongsi perihal peribadi kepada umum kerana terkesan dengan kontroversi yang menimpa dirinya sebelum ini.

“Masa dapat panggilan dari sebuah media Malaysia, saya jawab ‘Maaf saya dah tidak mahu kongsi kisah peribadi atas apa yang pernah saya lalui’.

Sebelum ini, saya selalu kongsi dalam media sosial dan terlampau terbuka sehinggakan perkara tersebut ‘backfire’ (menyerang) saya balik.

“Kadang-kadang, orang akan ambil kenyataan yang saya keluarkan dalam media sosial dan mereka pusing benda itu,” ujarnya lagi.

Terdahulu, nama Fara sering menjadi bualan hangat apabila didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Shuk bersama bekas isteri.

Sebelum bersama Fara, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 tetapi bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. HG

Shuk Sahar mengaku kahwin lain tahun lepas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker