Eriksen mungkin dipaksa bersara


Eriksen mungkin dipaksa bersara

London: Graeme Souness berasakan pasti sukar untuk Christian Eriksen kembali meneruskan karier bola sepaknya selepas mengalami masalah jantung terhenti ketika beraksi bersama Denmark pada perlawanan pertama Euro 2020 minggu lalu.

Arena sukan seluruh dunia bersatu selepas menyaksikan perancang Inter Milan itu rebah di atas padang pada hujung separuh masa pertama ketika bertemu Finland dengan barisan pemain, penyokong dan jurulatih berasa lega selepas pasukan perubatan berjaya menyelamatkannya.

Dia kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dengan Denmark kemudian mengesahkan Eriksen berada dalam keadaan stabil.



Souness turut berdepan masalah jantung apabila mengalami serangan jantung pada 2015 dan pernah melakukan pembedahan pada 1992 di usia 38 tahun.

Dia kini duta kepada Yayasan Jantung British dan memuji kajian yang dilakukan untuk meningkatkan penjagaan jantung namun pada masa sama percaya Eriksen berdepan kesukaran untuk kembali beraksi.

“Masalah jantung adalah pembunuh terbesar di negara ini. Ia juga pernah memberi kesan kepada saya dan berlaku 29 tahun lalu.

“Lihat apa yang berlaku kepada Eriksen, ia pasti sukar untuknya kembali beraksi semula. Kami berharap dia dapat beraksi semula tetapi ia sangat sukar,” katanya.



Bekas pemain antarabangsa wanita Denmark, Nadia Nadim bersetuju mengenai pandangan bahawa Eriksen cukup bertuah kerana terselamat.

“Dia dikelilingi pasukan perubatan terbaik selain reaksi pantas rakan sepasukan, Simon Kjaer memastikannya dapat kembali bernafas secepat mungkin,” katanya. HM

Eriksen mungkin dipaksa bersara


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ronaldo punca Coca-Cola rugi besar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker