Tragedi MH370: Selepas lapan tahun, Malaysia masih teruskan usaha kesan MH370 – Wee

Tragedi MH370: Selepas lapan tahun, Malaysia masih teruskan usaha kesan MH370 – Wee

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong sekali lagi mengulangi aspirasi kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH370 tidak pernah dilupakan.

Simpati dengan kehilangan dan kesengsaraan mereka yang terjejas susulan tragedi kehilangan misteri MH370, beliau berkata Malaysia juga berminat menimbang dengan teliti serta mengkaji semua maklumat baharu yang boleh dipercayai bagi mengenal pasti lokasi pesawat itu.

Selasa ini merupakan tahun kelapan insiden MH370 lenyap tanpa sebarang kesan sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan tidak terjawab mengenai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat malang itu dan keluarga penumpang serta anak kapal dalam keadaan terumbang-ambing.

“Kami hanya memerlukan bukti yang boleh dipercayai serta boleh diambil tindakan sebelum memulakan ekspedisi yang kita yakin mampu membuahkan hasil.

“Maklumat yang boleh dipercayai ini dapat digunakan untuk mengenal pasti lokasi spesifik pesawat itu. Dengan ini, Pertimbangan akan dibuat dalam menentukan masa depan operasi mencari dan penubuhan semula pasukan siasatan,” katanya dalam rakaman ucapan semalam sempena ulang tahun kelapan MH370.

Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 orang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas.

Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan.-AA

Tragedi MH370: Selepas lapan tahun, Malaysia masih teruskan usaha kesan MH370 – Wee

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker