Safiey Ilias dibebaskan reman sebelum sempat misai tumbuh

Safiey Ilias dibebaskan reman sebelum sempat misai tumbuh
Safiey Ilias dibebaskan reman sebelum sempat misai tumbuh, itulah komen belaiu setelah dibebaskan.

Usahawan kosmetik transgender, Safiey Illias yang tular baru-baru ini susulan ditahan atas tuduhan melakukan komunikasi lucah dengan remaja bawah umur dipercayai sudah dibebaskan daripada tahanan reman.

Ini kerana usahawan kosmetik tersebut kembali membuka media sosialnya dan membuat perkongsian di Facebook hari ini.

Dia juga sempat menjawab berkenaan pertanyaan netizen sama ada sudah bermisai atau tidak memandangkan hampir lima hari berada dalam tahanan reman.



Bagaimanapun, Instagram usahawan berkenaan tidal lagi wujud dipercayai sudah dinyahaktif olehnya.
Namun, dia masih menggunakan laman Facebook dan memuat naik FB story gambar dapur shisha yang sering digunakan semasa membuat live di media sosial.

Terdahulu, usahawan tersebut yang juga pemilik akaun Instagram bernama @safieyilias94 dan rakannya, @pipinatasha direman tiga hari di Mahkamah Majistret Bangi pada Jumaat lalu.

Namun, reman itu dilanjutkan dua hari lagi oleh pihak berkuasa.

Hal ini susulan pihak polis menerima satu laporan berhubung live IG kedua-dua individu itu yang didakwa melakukan amang seksual dengan dua orang remaja bawah umur.



Selain itu, mereka juga berpakaian mencolok mata serta menunjukkan aksi penggunaan vape (rokok elektrik) kepada remaja berkenaan. MG

Safiey Ilias dibebaskan reman sebelum sempat misai tumbuh


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Amang Seksual: Usahawan Kosmetik Safiey Illias Di Buru Polis Selepas Ajak Kanak-Kanak “Live” 2 Pagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker