Peja pertahan MB Perak

Peja pertahan MB Perak

Peja pertahan MB Perak

IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mengecam tindakan pihak tertentu yang memperkecilkan usaha Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad membantu rakyat.

Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pengamal media dan netizen melontarkan pelbagai tohmahan kepada pemimpin yang sedang dalam usaha meringankan beban rakyat.



Menurutnya, perkara itu tidak seharusnya berlaku ketika semua pihak saling berusaha membantu golongan memerlukan serta terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Tindakan menyindir atau memperkecilkan usaha dan sumbangan Menteri Besar Perak adalah satu perkara yang tidak beretika serta mengecewakan dari sudut hubungan sesama manusia serta sesuatu kejadian.

“Biarlah berbeza dari pandangan politik mahupun perjuangan parti, namun kejadian kita tetap sama dan asal usul kejadian kita adalah dari Yang Maha Esa,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Takiyuddin derhaka pada Agong – Lim Guan Eng



Ahmad Faizal berkata, dalam keadaan semua pihak sedang memerangi pandemik Covid-19, kerjasama erat dan utuh perlu diperkemaskan daripada pelbagai sudut dengan matlamat untuk menamatkan penularan wabak itu secepat mungkin.

“Bersatu Perak berharap agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang dan meminta semua pihak bersama berganding bahu dalam memerangi musuh utama negara ketika ini iaitu Covid-19.

“Kesedaran bagi menerima vaksin perlu disebarkan dengan lebih segera untuk membantu kerajaan dalam merealisasikan matlamat 80 peratus vaksinasi rakyat Malaysia,” kata beliau.



Pada Rabu, penjelasan Saarani mengenai pemberian telefon pintar sumbangan Yayasan YTL mencetuskan rasa kurang senang pihak tertentu yang mempertikaikan pemberian peranti kerana disifatkan sebagai berkualiti rendah.

Malah, ada pihak membuat karikatur dan poster di media sosial memperlekeh kenyataan Saarani yang membuat analogi pemberian ikan sardin dan ayam ketika menjelaskan kenyataan tersebut.

Peja pertahan MB Perak


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Takiyuddin Menjawab Titah Tuanku



 

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker