Kadar kemiskinan negara meningkat kepada 8.4% tahun lalu


Kadar kemiskinan negara meningkat kepada 8.4% tahun lalu

Kadar kemiskinan negara meningkat daripada 5.6% pada 2019 kepada 8.4% pada tahun 2020 berikutan pandemik Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed berkata demikian berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan.

“Impak pandemik Covid-19 kepada ekonomi Malaysia telah menjejaskan pendapatan rakyat dan menyebabkan lebih banyak isi rumah terdedah kepada kemiskinan, terutamanya dalam kalangan B40 dan golongan rentan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Mustapa berkata, insiden kemiskinan berkurangan bagi semua kumpulan etnik dengan peratusan pengurangan terbesar dicatatkan oleh kaum Bumiputera.

Bagaimanapun beliau berkata, masih terdapat kelompok kemiskinan dan ketidaksamarataan serta kemiskinan pelbagai dimensi dalam konteks yang lebih luas melibatkan aspek pendapatan dan bukan kewangan merangkumi kesihatan, pendidikan dan kemudahan asas.

Mustapa berkata, pandemik Covid-19 juga memberi kesan terhadap pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Katanya, pandemik juga memberi peluang kepada Malaysia menetapkan semula pembangunan negara ke arah masa depan yang lebih makmur, inklusif dan mampan.

“Saya akan menubuhkan dan mempengerusikan ‘poverty circle’ yang dianggotai oleh wakil kerajaan, swasta, pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan tokoh akademik bagi membincang dan merangka strategi terbaik menangani kemiskinan khususnya ketika pandemik Covid-19,” katanya. FMT

Kadar kemiskinan negara meningkat kepada 8.4% tahun lalu


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bursa merosot sejak darurat tanda keyakinan pelabur menurun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker