Tandas pintar kesan identiti pengguna berdasarkan cap punggung

Tandas pintar kesan identiti pengguna berdasarkan cap punggung

STANFORD, CALIFORNIA – Kumpulan penyelidik Fakulti Perubatan Universiti Stanford dilaporkan membangunkan teknologi yang boleh mengesan identiti individu yang menggunakan tandas berdasarkan pengecaman punggung, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut penyelidik, teknologi yang dipasang pada pengimbas kamera itu boleh mengenal pasti ‘cetakan unik dubur’ bagi setiap individu berbeza.



Kamera yang diletakkan di dalam mangkuk tandas itu kemudiannya akan memadankan najis dengan pengguna, yang seterusnya membolehkan mereka untuk melihat data berkenaan sisa buangan.

Selain itu, teknologi tersebut juga boleh mengira kadar aliran dan volum air kecil menggunakan penglihatan komputer sebagai uroflowmeter.

Populariti tandas pintar kini semakin meningkat dengan sesetengah daripadanya berupaya menyelamatkan nyawa.

Ini kerana terdapat teknologi yang mengimbas najis bagi mengenal pasti penyakit kronik dan kanser usus pada peringkat awal. K Online



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Tandas pintar kesan identiti pengguna berdasarkan cap punggung


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker