Euro2020: Selepas Ronaldo, Pogba pula alih botol Heineken
Euro2020: Selepas Ronaldo, Pogba pula alih botol Heineken
Paul Pogba mengalihkan botol minuman keras yang dipamerkan di hadapannya ketika sidang media selepas perlawanan bertemu Jerman dalam saingan Euro 2020.
MUNICH – Selepas Cristiano Ronaldo, giliran pemain tengah Perancis dan Manchester United, Paul Pogba mengalihkan botol minuman keras yang dipamerkan di hadapannya ketika sidang media selepas perlawanan bertemu Jerman dalam saingan Euro 2020, awal pagi tadi.
Ketika mahu memulakan sesi sidang media, Pogba mengambil botol Heineken, salah satu penaja kejohanan dan meletakkannnya di lantai kemudian meneruskan sesi menjawab soalan pihak media.
Heineken merupakan salah satu penaja kejohanan yang memberikan anugerah pemain terbaik perlawanan sepanjang saingan Euro 2020 yang menjadi milik Paul Pogba selepas Perancis merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Jerman menerusi jaringan sendiri Mats Hummels.
The Athletic melaporkan bahawa saham Coca-Cola jatuh 1.6 peratus berikutan tindakan Ronaldo dalam sidang media sebelum bertemu Hungary, penurunan nilai pasaran kira-kira GBP2.8 bilion.
Coca-Cola mengeluarkan kenyataan sebagai tindak balas terhadap tindakan Ronaldo, dengan mengatakan ‘setiap orang berhak membuat pilihan minuman mereka’ dan setiap orang mempunyai ‘selera dan keperluan’ yang berbeza.
Portugal turut memulakan aksi Euro 2020 dengan merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Hungary awal pagi tadi, jaringan terhasil menerusi Raphael Guerreiro dan dua gol daripada Ronaldo. MG
- Kerajaan PN Masih Gagal ‘Bangkrapkan’ Saya – Najib Razak
- Kerajaan Perak bagi telefon pintar percuma buat pelajar
- Resepi filet ikan bakar dengan sos tomato dan parmesan
- Resepi Ayam Goreng Masak Halia
- Nora Soto Padat Terbaik Di Lembah Kelang
- Kemunculan durian Tupai King
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Euro2020: Ronaldo tolak tepi minuman Coca Cola tajaan kejohanan [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.