Adakah parlimen sama macam pub dan spa, soal Zahid

Adakah parlimen sama macam pub dan spa, soal Zahid

Adakah parlimen sama macam pub dan spa, soal Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menempelak rancangan kerajaan PN bahawa sidang parlimen hanya boleh diadakan selepas negara memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara, menyifatkannya “tidak masuk akal.”

“Saya tidak pasti apa kaitan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin baru parlimen akan dibenarkan bersidang semula. Iaitu dianggarkan sekitar bulan September atau Oktober 2021.

“Sedangkan barisan ahli parlimen telah lama menerima suntikan vaksin Covid-19 yang bermakna sidang parlimen sepatutnya adalah selamat untuk diadakan.

“Lagipun seperti banyak kali dipinta, sidang parlimen masih boleh diadakan secara maya seperti yang dilakukan negara lain walaupun pintunya mahu terus ditutup,” katanya pada satu hantaran di Facebook malam ini.

Kata Zahid lagi, lebih mengelirukan apabila dimaklumkan pada Fasa 3 semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali bagi aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif.

“Senarai negatif Fasa 3 yang tidak dibenarkan beroperasi merujuk kepada aktiviti berisiko tinggi jangkitan Covid-19 termasuk pub, spa dan salon kecantikan.

“Adakah ini bermakna parlimen yang merupakan lambang demokrasi negara diletakkan dalam senarai negatif yang sama seperti pub, spa dan salon kecantikan,” soal Zahid.

Petang tadi, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelan pemulihan empat fasa supaya rakyat Malaysia dapat kembali kepada kehidupan biasa selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Setiap fasa dijangka mengambil masa dua bulan, dengan sektor sosial – termasuk sekolah – akan dibuka semula secara bertahap pada fasa ketiga (dijangka bermula September).

Malaysia sekarang berada pada fasa pertama. Peralihan daripada satu fasa ke fasa yang lain akan dibuat jika tiga kriteria lain dipenuhi.

Muhyiddin Yassin juga berkata parlimen boleh dibuka semula ketika Malaysia memasuki fasa ketiga pelan pemulihan Covid-19.

Sementara itu, Zahid juga mengulangi gesaaan supaya parlimen kembali bersidang secepat mungkin.

Legislatif mewakili suara serta hak rakyat dan badan perundangan tertinggi di Malaysia.

“Parlimen sebagai proses semak dan imbang terhadap perbelanjaan serta pentadbiran negara supaya ianya telus dan jujur demi kepentingan rakyat,” katanya lagi. Mk

Adakah parlimen sama macam pub dan spa, soal Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Selepas #kerajaangagal keluar pula #kerajaanbodoh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker