Suami tikam isteri lebih 5 kali kerana cemburu

Suami tikam isteri lebih 5 kali kerana cemburu

Suami tikam isteri lebih 5 kali kerana cemburu

KAJANG : Seorang buruh menikam isterinya lebih daripada lima kali di rumah mereka di Sungai Ramal, di sini, kerana percaya wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian jam 6.52 petang itu, mangsa yang berusia awal 40-an mengalami kecederaan parah di bahagian dada selain dagu serta kedua-dua tangan serta kaki.

“Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati punca kejadian adalah akibat cemburu mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut kata Mohd Zaid, suspek berusia awal 40-an dipercayai melarikan diri sejurus kejadian dan polis sedang memburu lelaki itu.

Kedua-dua mereka ujarnya, adalah warga Indonesia.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan susulan.

Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi pegawai penyiasat di talian 017-4333795 atau mana-mana balai polis berhampiran. Awani

Suami tikam isteri lebih 5 kali kerana cemburu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Isteri maut dibunuh suami

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker