Nak masuk MRSM, belajar sajalah di Sekolah Kebangsaan

Nak masuk MRSM, belajar sajalah di Sekolah Kebangsaan

Gerakan anak muda yang dinamakan Sekolah Semua membidas dasar terbaru kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MARA) yang menyatakan hanya pelajar dari sekolah kebangsaan akan diterima masuk ke sekolah itu bagi sesi pengambilan 2022.

Menyifatkan langkah itu sebagai “diskriminasi”, Sekolah Semua berkata mereka kesal kerana pelajar dari sekolah bukan kebangsaan tidak dibenarkan belajar di MRSM.



Sekolah Semua berkata hal itu akan merugikan pelajar MRSM dan menghakis perpaduan kaum di negara ini.

“Kami melaungkan seruan untuk Keluarga Malaysia yang sebenarnya, yang tidak mengecualikan anggotanya daripada diterima di ‘rumah’ mereka,” kata mereka lagi.

Terdapat juga ahli politik yang turut berkokok seperti mereka.

Nampaknya mereka ini kurang cerdik dan cetek akal.



Sekiranya benar mahu perpaduan dan konsep Keluarga Malaysia desaklah supaya dihapuskan sekolah jenis kebangsaan.

Sekolah jenis kebangsaan adalah punca utama perpecahan kaum yang kita lihat sekarang.

Sepatutnya mereka ini bangun untuk menentang sistem yang memecahkan kaum di sekolah kita.

Dan kalau kemaruk sangat nak masuk MRSM belajar sajalah di sekolah kebangsaan. Apa yang susah sangat.



Nak masuk MRSM, belajar sajalah di Sekolah Kebangsaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker