Isteri maut dibunuh suami

Share

SUBANG JAYA – Perselisihan faham sepasang suami isteri berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati dibunuh dalam kejadian di Pangsapuri Court 4 di sini semalam.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia dengar bunyi pergaduhan dari kediaman di tingkat empat itu sebelum melihat kehadiran pihak polis pada pukul 8 malam.

“Saya tak pernah dengar apa-apa pergaduhan antara mereka sebelum ini dan memang terkejut bila diberitahu seorang wanita mati dibunuh,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Difahamkan, suami mangsa sudah diberkas dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. K Online

Emak dibunuh anak perempuan sendiri!

Leave a Reply