Selepas Ebit Liew bantu, baru Kerajaan Penang DAP nak tehegeh hegeh tolong

Kerajaan Pulau Pinang mengambil tindakan untuk menyediakan unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan bantuan kewangan bulanan bagi pasangan India dengan tiga anak yang kisah mereka tinggal lapan bulan tinggal di dalam kereta tular.

Exco Kebajikan dan Alam Sekitar Phee Boon Poh mendakwa sebelum ini kununnya kerajaan sebelum ini sudah menghubungi keluarga itu pada bulan April ketika rumah mereka di Lebuh Carnavon terbakar.

“Beliau sekeluarga tidak lagi berhubung dengan pihak kerajaan negeri selepas itu sehingga berita berkenaan disiarkan,” kata Phee.



Phee berkata, selepas mendapat tahu mengenai perkara itu pada 24 Disember, tindakan lanjut diambil pada 25 Disember dengan mengesyorkan bantuan kewangan bulanan selain bantuan bakul makanan yang diberikan JKM.

“Pejabat Jagdeep Singh Deo, exco bertanggungjawab portfolio perumahan turut telah mengambil tindakan segera serta menyerahkan kunci rumah PPR kepada beliau pada hari ini,” katanya.

Nasib pengawal keselamatan S Ganesh, 34, dan keluarganya baru-baru ini menjadi tumpuan media dan turut menarik perhatian pendakwah Ebit Liew.

Apabila kereta dijadikan rumah, dan mandi di tandas awam – kisah pilu lima sekeluarga di Pulau Pinang



Ebit Liew semalam tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan dan menwarkan untuk membayar sewa sebulan sementara mereka mendapatkan rumah PPR.

Isteri Ganesh, Parameswari yang berusia 32 tahun, menjaga ketiga-tiga anak mereka, Girthikanesh, 8, Devi Shri, 6, dan Kirthana yang berusia lapan bulan, lahir dua minggu selepas kebakaran berkenaan.

Menurut laporan media, Ganesh mengatakan bahawa dia tidak dapat menyewa rumah dengan gaji bulanan RM1,200 kerana memerlukan deposit.



Keluarganya akhirnya terpaksa tinggal di dalam kereta Proton Saga Aeroback yang berusia 30 tahun, memasak di tepi jalan dan menggunakan tandas awam untuk keperluan harian mereka.

Bercanggah dengan kenyataan Phee, Ganesh dilaporkan mengatakan bahawa dia telah meminta unit PPR namun tidak mendapat respons.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Ebit Liew dalam kenyataan di Facebook memaklumkan tiga ahli pasukan media untuk program TV Jejak Ebit Liew mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Katanya, kejadian itu berlaku berhampiran Plaza Tol Jalan Duta.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker