Peminat teruja TMJ ingin ambil alih Harimau Malaya

Peminat teruja TMJ ingin ambil alih Harimau Malaya

Peminat teruja TMJ ingin ambil alih Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Peminat bola sepak negara nyata teruja untuk melihat pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menguruskan skuad Harimau Malaya selepas ini.

Keterujaan itu dapat dilihat di laman sosial apabila ramai peminat mendesak supaya Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyerahkan soal pengurusan pasukan kepada Tunku Ismail.



Malah, ada juga peminat yang mempersoalkan kewajaran Tunku Ismail untuk mengemudi pasukan kebangsaan apabila rekod ketika beliau memimpin Presiden FAM pada 2017 jelas tidak memuaskan.

Sebaik Tunku Ismail menjadi Presiden, beliau melantik Nelo Vingada secara rasmi pada 15 Mei 2017 namun Malaysia gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tujuh aksi di bawah kendaliannya sebelum meletakkan jawatan pada Disember tahun sama.

Bagaimanapun, Tunku Ismail mengakui kegagalan Vingada atau lebih dikenali ‘The Professor’ itu adalah di atas kesilapannya.

Namun kali ini jika diberi peluang, beliau yakin mampu mengubah nasib Harimau Malaya mengikut acuan JDT.

“Nelo Vingada kesilapan saya percaya kepada seseorang jurulatih dari Malaysia, dan saya tidak fokus kepada pasukan kebangsaan (ketika jadi Presiden).



“Saya terlebih fokus untuk menyelesaikan hutang FAM dan tukar perlembagaan. Tapi apa-apa pun, suka tak suka, saya adalah yang terbaik (dalam pengurusan bola sepak). Bukan riak, fakta,” katanya menjawab kritikan netizen di laman sosial.

Katanya lagi, beliau tidak mahu kembali mengisi kerusi nombor satu di FAM sebaliknya hanya mahu membantu skuad bola sepak kebangsaan.

“Saya tiada posisi. Tiada jawatan dalam badan induk. Saya cuma jaga dan uruskan pasukan kebangsaan. Disiplin pemain, kawal pasukan daripada pihak media atau anasir-anasir yang boleh mengganggu fokus dan mental pemain, teknikal pasukan yang mengkaji setiap pemain dalam negara.

“Pemain mana yang sesuai dengan falsafah kita. Kemudahan latihan dan sesi pemulihan itu sahaja. Bukan undang-undang bola sepak negara yag boleh ada kepentingan diri,” katanya.



Semalam, Tunku Ismail menawarkan diri untuk mengendalikan serta menguruskan skuad kebangsaan dalam saingan antarabangsa selepas ini.

Tawaran Tunku Ismail itu susulan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam empat aksi antarabangsa dilalui setakat ini.

Daripada empat aksi itu, Malaysia tewas dua kali dalam aksi persahabatan di tangan Kuwait dan Bahrain dengan keputusan 1-4 dan 0-2.

Prestasi longlai itu berterusan dalam dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila tumbang 0-4 kepada UAE sebelum kalah 0-2 dengan Vietnam pada Jumaat lalu. HM



Peminat teruja TMJ ingin ambil alih Harimau Malaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


TMJ berminat kendali Harimau Malaya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker