Holgado, Palmero luah rasa gembira dibenarkan beraksi semula

Holgado, Palmero luah rasa gembira dibenarkan beraksi semula

Holgado, Palmero luah rasa gembira dibenarkan beraksi semula
HOLGADO (kanan) dan Palmero gembira apabila CAS membenarkan mereka beraksi semula. FOTO FAM

Kuala Lumpur: Pemain warisan negara, Rodrigo Holgado dan Gabriel Palmero antara individu meluahkan rasa gembira apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menggantung sementara hukuman penggantungan dikenakan ke atas mereka.

Perkembangan semasa itu membuatkan harapan untuk beraksi kembali bersinar dan perkara itu dikongsikan oleh setiap pemain menerusi Instagram Story masing-masing sebaik sahaja FAM mengumumkan perkara berkenaan, tengah malam tadi.

Bagi Holgado, keputusan CAS itu seakan-akan memberi harapan baharu selepas melalui hari yang begitu gelap sebelum ini tanpa sebarang aktiviti bola sepak.

“Apabila tidak dijangka, matahari muncul semula dan semuanya kembali baik. Tiada ribut yang kekal selamanya,” katanya.

Sementara itu, Palmero pula seakan-akan tidak sabar untuk kembali beraksi selepas digantung beberapa bulan sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini


“Kami kembali,” tulisnya ringkas tetapi cukup bermakna.

CAS membuat keputusan membenarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali menjalani aktiviti berkaitan bola sepak, sekali gus keluar daripada penggantungan yang dikenakan ke atas mereka sebelum ini.

Meskipun keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap tujuh pemain terbabit digantung sementara, perkembangan itu sedikit sebanyak memberi khabar gembira buat tujuh individu berkenaan termasuk pasukan Harimau Malaya.

Bagaimanapun, persoalan utama kini adalah Palmero dan Holgado akan beraksi bersama kelab mana kerana sebelum ini mereka difahamkan sudah menamatkan kontrak bersama kelab masing-masing.

Kontrak Palmero bersama kelab Sepanyol, CD Tenerife, ditamatkan pada November tahun lalu manakala Holgado yang mewakili kelab Colombia, America de Cali, dipercayai menamatkan kontraknya pada penghujung tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terima Kasih Kinabatangan & Lamag – Ahmad Zahid


Sebelum ini, Palmero dan Holgado bersama Facundo Garces, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel didapati bersalah melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA yang berkaitan pemalsuan dokumen.

Kesemua pemain terbabit didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,000) dan digantung daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak di seluruh dunia selama 12 bulan, manakala FAM dikenakan denda CHF350,000 (sekitar RM1.8 juta).

Pemain warisan negara, Rodrigo Holgado dan Gabriel Palmero


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker