‘Saya nak balik, tutup la pintu’ – Ismail Sabri

Sebaran :

'Saya nak balik, tutup la pintu' - Ismail Sabri

‘Saya nak balik, tutup la pintu’ – Ismail Sabri

Kuala Lumpur: “Nak balik, tutup la pintu.” Demikian jawapan ringkas Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung gambar dan kapsyen di media sosial miliknya, semalam.

Menerusi kapsyen “Saya dah tutup pintu depan tapi……” disertakan dengan emoji sedih di akhir catatan berkenaan.



Status itu diiringi sekeping gambar beliau sedang menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan mengundang pelbagai persepsi dan buah mulut netizen yang mengaitkan hal itu dengan ‘makna tersirat’ di sebalik pembukaan lebih 95,000 sektor ekonomi.

Ketika ini kerajaan memutuskan melaksanakan sekatan pergerakan penuh (SPP) terhadap sektor ekonomi dan sosial berkuat kuasa, 1 Jun lalu.

Bagaimanapun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan 95,142 syarikat mendapat kebenaran untuk beroperasi semasa SPP menjadikan hampir 20 peratus syarikat berdaftar dengan Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) mendapat kelulusan.

Ismail Sabri tidak memperincikan kapsyen dan gambar itu ketika ditanya media dan hanya menjelaskan mengenai pembukaan banyak sektor diuruskan oleh MITI.


“Perkara ini diuruskan oleh MITI, jadi wajar kalau media tanya MITI.

“Saya sukar nak jawab sebab dah serah kepada MITI, biar MITI jawab,” katanya ringkas dalam sidang media secara maya Pelancaran Sumbangan Hospital Modular Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini.

Pembukaan sektor ekonomi bukan perkhidmatan penting itu juga mengundang kritikan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan yang mahu semua pihak berkorban selama dua minggu untuk menutup seketika sektor ekonomi.

Mohamad berkata, dijangkakan jumlah itu akan bertambah di mana matlamat melaksanakan SPP tidak akan tercapai untuk melandaikan lekuk jangkitan.

“Semua pihak harus berkorban untuk dua minggu ini. Kita tidak akan dapat melandaikan lekuk jangkitan dengan pelbagai sektor terus beroperasi secara berpilih.

“Tindakan kerajaan terus membenarkan sektor pembuatan atau perkilangan terpilih terus beroperasi walaupun dalam keadaan terhad akan terus mendatangkan risiko jangkitan,” katanya dalam kenyataan.

‘Saya nak balik, tutup la pintu’ – Ismail Sabri


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Asam Pedas Ayam Pekat Memikat


Sebaran :

Leave a Reply