Persatuan teksi: Kami perlu patuh SOP yang mana?

Sebaran :

Persatuan teksi: Kami perlu patuh SOP yang mana?

Susulan penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan garis panduan baru termasuk had bilangan individu dalam kenderaan.

Bagaimanapun, Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Malaysia (GTSM) membangkitkan kekeliruan berkaitan perkara itu.



Menurut Yang Dipertua GTSM Kamarudin Mohd Hussain, terdapat pertentangan dalam prosedur operasi standard (SOP) dan arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Kamarudin berkata, mengikut SIP yang ditetapkan MKN, Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad), teksi dan perkhidmatan e-kelui hanya boleh membawa seorang penumpang.

Ini bermakna hanya dua orang boleh ada dalam kenderaan pada satu masa, termasuk pemandu. Pengecualian diberikan jika melibatkan urusan perubatan dan kesihatan, di mana pemandu boleh membawa lebih daripada seorang penumpang.



“Tetapi sidang media Ketua Polis Negara (IGP) pula memberitahu dalam satu masa kenderaan kami dibenarkan membawa tiga orang, iaitu seorang pemandu dan dua penumpang.

“Ini telah mewujudkan suasana yang haru-biru dan menimbulkan kekeliruan. Saya sendiri menerima banyak panggilan daripada pemandu dan persatuan yang bertanyakan tentang perkara ini.

SOP mana

“Sehubungan itu kami ingin merayu kepada kerajaan, tolonglah beritahu kami SOP mana yang harus kami ikut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Dia merujuk sidang media IGP Acryl Sani Abdullah Sani pada Isnin lalu.

Dalam hal berkaitan, seorang pembaca juga membangkitkan persoalan berkenaan SOP untuk perjalanan ketika mendapatkan vaksin.

Dalam SOP MKN, tiga orang dibenarkan dalam satu kenderaan untuk mendapatkan rawatan, perkhidmatan kesihatan, hal keselamatan atau kecemasan. Tiga orang itu termasuk pesakit yang perlu dibawa.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan sama ada klausa itu terpakai bagi perjalanan berkaitan vaksinasi atau tidak.

Malaysiakini telah menghantar pertanyaan kepada Kementerian Pertahanan dan polis untuk penjelasan.

Ketika laporan ini ditulis, seorang jurucakap kementerian memberi maklum balas menerusi infografik Kementerian Pengangkutan yang menyatakan semua teksi hanya dibenarkan membawa seorang penumpang.

Bagaimanapun, bagi soal perubatan, vaksinasi dan kes kecemasan, teksi dibenarkan membawa dua penumpang. Mk

ERITACARZILLAOPINIONWORLDBUSINESSPROPERTYSPORTSFMT OHSEM!LIFESTYLEGALLERY

Hanya 2 dalam teksi, e-hailing dan 3 bagi tujuan perubatan, kecemasan
FMT Reporters -June 3, 2021 12:57 PM
30
Shares
facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonemail sharing button

Ismail Sabri Yaakob berkata, penumpang dan pemandu teksi atau e-hailing wajib mematuhi SOP Covid-19 yang ditetapkan kerajaan sepanjang masa, termasuk memakai pelitup muka.
PETALING JAYA: Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob menjelaskan peraturan untuk teksi dan e-hailing sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

Dalam sidang media hari ini, beliau berkata, hanya dua orang, termasuk pemandu dibenarkan dalam sebuah kenderaan, dengan penumpang wajib duduk di bahagian belakang.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan untuk tujuan perubatan dan kecemasan, dengan maksiumum tiga penumpang dibenarkan dalam sebuah kenderaan, termasuk pemandu.

Tujuan perubatan itu termasuk janji temu hospital atau vaksinasi Covid-19, dengan penumpang perlu membawa surat pengesahan doktor dan penerima vaksin perlu menunjukkan janji temu dalam aplikasi MySejahtera. FMT

Persatuan teksi: Kami perlu patuh SOP yang mana?


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ramai sudah gantung kunci teksi


Sebaran :

Leave a Reply