Awang Hitam songlap Ustazah

Awang Hitam songlap Ustazah

Awang Hitam songlap Ustazah

‘Awang Hitam’ tipu ustazah ‘songlap’ RM78,214 dicekup

MELAKA – Seorang lelaki warga Nigeria dicekup polis selepas dipercayai telah memperdayakan seorang guru agama dengan cinta palsu sehingga menyebabkan wanita itu kerugian RM78,214, Mei lalu.

Suspek berusia 38 tahun itu diberkas dalam serbuan Op Tiong kira-kira pukul 12 tengah hari di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, hasil risikan, serbuan itu dilakukan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Alor Gajah.

Katanya, suspek dipercayai melakukan kegiatan ‘Love Scam’ menerusi platform media sosial Facebook dan menggunakan nama sebagai Mahmudin Jaafar.

“Tangkapan dibuat susulan laporan dibuat oleh seorang guru agama, yang juga merupakan ibu tunggal mendakwa ditipu suspek sehingga kerugian RM78,214 pada 28 Mei lalu.

“Mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui Facebook dan lelaki itu telah meluahkan perasaan cintanya melalui aplikasi Whatsapp,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. K Online

Awang Hitam songlap Ustazah


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Guru mangsa Love Scam kerugian RM63,440

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker