Syarifuddin juara Moto3 FIM CEV di Barcelona

Syarifuddin juara Moto3 FIM CEV di Barcelona

Syarifuddin juara Moto3 FIM CEV di Barcelona

PELUMBA muda Syarifuddin Azman memenangi perlumbaan pertama Moto3 Kejohanan FIM CEV Repsol 2021 di Litar Catalunya, Sepanyol malam tadi.

Walaupun bermula dari kedudukan ke-10, pelumba berusia 20 tahun itu menamatkan saingan 16 pusingan dengan mencatat 29 minit dan 32.553 saat, meninggalkan dua pelumba Sepanyol, David Munoz Rodriguez dan Jose Antonio Rueda Ruiz, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Perlumbaan yang berlangsung di Barcelona itu sekali gus menyaksikan lagu ‘Negaraku’ berkumandang dalam kemenangan yang dihadiahkan oleh Syarifuddin.

Pelumba SIC Racing itu, bagaimanapun tidak bernasib baik pada perlumbaan kedua selepas tersingkir pada pusingan ke-11.

Mengumpul 25 mata hasil kemenangan hari ini, membantu Syarifuddin menduduki tangga ke-10 dalam kejuaraan dunia dengan 31 mata.

Sementara itu dalam perlumbaan kedua Moto2, walaupun bermula di petak ke-20, Adam Norrodin berjaya menghampiri podium dengan kedudukan keempat, dengan catatan masa 30:22.746s.

Pelumba tuan rumah, Fermin Aldeguer dan rakan sepasukannya, Alonso Lopez, dari Boscoscuro Talent Team-Ciatti, masing-masing meraih tempat pertama dan kedua manakala pelumba Jerman, Lukas Tulovic mendapat tempat ketiga.

Terdahulu dalam perlumbaan pertama, nasib malang menimpa Adam apabila tersingkir di pusingan ke-12.

Adam kini memperoleh 58 mata dalam kedudukan kejohanan, ketinggalan 67 mata kepada pendahulu Aldeguer.

Sementara itu, dalam kejuaraan European Talent Cup (ETC) pula menyaksikan Sharul Ezwan Mohd Sharil meraih tempat ke-14 apabila melengkapkan 15 pusingan dalam tempoh 28:40.727s manakala Muhammad Hakim Danish Ramli di kedudukan ke-19 dengan catatan 28:41.672s. Utv

Syarifuddin juara Moto3 FIM CEV di Barcelona


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelumba Moto2 Hafizh Syahrin Ke Luar Negara Bukan Melancong Atau Beli Karpet-Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker