Saya tunggu kamu besar’ – Jurulatih beritahu perenang usia 13 tahun

Saya tunggu kamu besar' - Jurulatih beritahu perenang usia 13 tahun
‘Saya tunggu kamu besar’ – Jurulatih beritahu perenang ketika umur 13 tahun

Pada usia 13 tahun, bekas perenang kebangsaan Cindy Ong tidak dapat bersuara membantah gangguan dan serangan seksual yang didakwa dilakukan oleh jurulatih pasukan Malaysia.

Ia mengambil masa hampir 25 tahun untuk Ong, kini berusia 37 tahun dan ibu kepada tiga cahaya mata itu untuk membuka lembaran silamnya baru-baru ini

Bercakap sebagai ahli panel dalam perbincangan dalam talian yang dihoskan oleh biro perundangan Pemuda PKR, katanya sekarang dia memahami bagaimana usaha untuk melakukan pengantunan seksual terhadap mangsa akan dimulai pada usia muda, dan itu dapat meningkat bertahun-tahun kemudian.

“Dia melakukan grooming (pengantunan) terhadap saya. Bahwa dia berminat dengan saya. Pada usia 13 tahun dan saya ingat ini dengan jelas, dia berkata, ‘Saya akan tunggu kamu’.

“Saya merasa agak pelik walaupun pada waktu itu berusia 13 tahun. Sekarang memikirkannya, wow!

“Betapa sakitnya anda untuk memberitahu seorang gadis berusia 13 tahun ‘Saya akan menunggu kamu membesar…'”

Saya tunggu kamu besar' - Jurulatih beritahu perenang usia 13 tahun

Ong kemudian melanjutkan pelajarannya di Amerika Syarikat tetapi tetap berhubungan dengan komuniti sukan renang tempatan, termasuklah jurulatih itu.

Pada sesi hari ini, dia mendedahkan satu lagi kejadian yang didakwa melibatkan jurulatih sama, kata kali ini ketia dia berusia awal 20an setelah dia kembali dari AS.

“Atas sebab-sebab yang saya tidak ingat, saya rasa dia memberitahu saya bahawa dia ingin menunjukkan sesuatu di rumahnya […] entah bagaimana saya akhirnya sampai di apartmennya.

“Dia mandi, keluar dengan bertuala, memegang tangan saya dan menyuruh saya menyentuhnya. Sudah pasti dia cuba memperkosa saya,” kata Ong.

“Saya tidak pernah memberitahu sesiapapun mengenai perkara ini kerana saya tidak dapat melakukannya.

“Tidak ketika saya berusia 20-an, tidak ketika saya berusia 13 … terutamanya ketika saya berusia 13 tahun.

“Dan kemudian saya menerima serangan daripada ramai orang yang bertanya mengapa dulu anda tidak memberitahu sesiapa,” katanya lagi.

Saya tunggu kamu besar' - Jurulatih beritahu perenang usia 13 tahun

Ong mengingatkan pengkritiknya topik gangguan seksual dilihat sebagai pantang larang dalam masyarakat.

Bukan itu sahaja, kata Ong terdapat juga kesedaran bahawa tuduhan sebegitu terhadap jurulatih itu sudah menjadi rahsia umum tetapi tidak ada tindakan yang diambil untuk menghentikannya.

‘Ubah sikap masyarakat tak acuh’

Ketua biro undang-undang PKR Fadhlina Siddiq berkata aktivis perlu fokus untuk mengubah sikap tidak acuh masyarakat yang memungkinkan kejadian keganasan rumah tangga, gangguan seksual dan serangan seksual terus berlaku.

Dia berkata ini disamping menghapuskan budaya yang mengakar di sebalik isu jenaka rogol dan sumbaleweng seks secara keseluruhan.

Katanya, perkara tersebut termasuklah komen media sosial yang ditujukan kepada Ong dan orang lain yang bercakap mengenai pengalaman mereka sebagai mangsa cabul dan gangguan seksual.

“Kita mesti membuat naratif baru yang menjunjung tinggi martabat manusia,” kata Fadhlina, seorang aktivis dan peguam syariah secara profesional.

“Kita mesti tahu bila masa harus menjadi pengamat yang aktif. Untuk melaporkan tindakan seperti itu ketika kita mengetahuinya.

“Apa yang berlaku hari ini, kita tidak mempunyai dorongan untuk bersuara ketika perkara seperti itu terjadi,” tambahnya.

Menangani isu gangguan seksual dalam industri sukan, Fadhlina (gambar, atas) berkata ibu bapa mempunyai peranan aktif dalam mengenal pasti dan menetapkan batasan fizikal, sosial dan seksual, terutama bagi atlet muda.

Katanya, langkah itu akan membantu mencegah percubaan pengantunan seksual, atau hubungan yang tidak sesuai di luar proses latihan.

Ahli panel ketiga majlis forum hari ini yang dihoskan laman Facebook Pemuda PKR iaitu pakar undang-undang sukan Richard Wee berkata insiden gangguan seksual juga berlaku kepada atlet e-sukan, terutama pemain wanita.

Ong sebelum ini mengakui keberaniannya untuk akhirnya bersuara sebahagiannya kerana mendapat inspirasi daripada pelajar berusia 17 tahun Ain Husniza Saiful Nizam yang menjadi berita utama selepas video TikToknya mendedahkan seorang guru lelaki didakwa membuat jenaka rogol ketika mengajar di kelas.

“Saya sendiri sebagai seorang ibu kepada tiga anak […] Saya mahu mereka selamat, itu adalah tanggungjawab yang sangat berat terhadap ibu bapa.

“Kami tidak suka perkara sebegini berlaku kepada anak-anak kami,” katanya.

Menjawab pendedahan awal Ong, begitu juga beberapa atlet kebangsaan lain, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebelum ini berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang mencemarkan imej negara. Mk

Saya tunggu kamu besar’ – Jurulatih beritahu perenang usia 13 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Berenang dengan ‘buaya’ – atlet imbau gangguan seksual jurulatih

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker