Doktor ditumbuk di wad Covid-19 – Hospital Klang

Sebaran :

Doktor ditumbuk di wad Covid-19 - Hospital Klang
Doktor ditumbuk di wad Covid-19 – Hospital Klang lapor polis

Pihak pengurusan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) telah membuat laporan polis berasingan berhubung dua insiden kekasaran berkaitan pesakit Covid-19.

Dalam insiden pertama, yang didakwa berlaku pada 6 Jun, seorang anak lelaki kepada pesakit yang meninggal dunia di hospital itu didakwa menumbuk seorang doktor yang bertugas.

Tiga hari kemudian, pada 9 Jun, seorang pesakit Covid-19 didakwa menikam seorang lagi pesakit di wad menggunakan pisau.

Malaysiakini difahamkan pesakit tiada sejarah penyakit mental, tetapi pesakit mungkin mengalami “halusinasi” disebabkan Covid-19, yang dilaporkan berlaku kepada sesetengah pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramil ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima dua laporan daripada pengurusan HTAR.

“Saya boleh sahkan kami terima laporan berkaitan kes-kes ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Shamsul bagaimanapun enggan menyatakan perincian lanjut berkenaan perkara itu.

Malaysiakini telah menghubungi HTAR untuk mendapatkan maklum balas mereka.

Dakwaan kejadian ini di tengah-tengah memo dalaman yang dikeluarkan pengarah hospital Dr Zulkarnain Mohd Rawi kepada semua ketua jabatan, ketua unit dan timbalan pengarah. Memo itu memberi peringatan tindakan disiplin akan diambil jika hal dalaman hospital didedahkan kepada umum.

Tidak jelas jika memo tersebut, yang bertarikh 8 Jun, ada kaitan dengan kejadian kekasaran pertama.

Tekanan terhadap kakitangan kesihatan

Perkara ini membangkitkan tekanan yang dihadapi kakitangan kesihatan yang bertugas di wad Covid-19.

Insiden kekasaran terhadap pekerja kesihatan yang merawat pesakit Covid-19 sebelum ini dilaporkan berlaku di Mexico dan India, ketika dua negara ini berdepan jumlah kes yang tinggi.

Di Hong Kong, bom petrol dilontarkan ke sekurang-kurangnya empat pusat kesihatan selepas kerajaan menyenaraikannya sebagai pusat untuk merawat Covid-19, menurut Safeguarding Health in Conflict Coalition.

Pemantauan yang dibuat badan itu mengenal asti 412 serangan berkaitan wabak terhadap kakitangan kesihatan antara Januari hingga Disember 2020.

Di Malaysia pula, Malaysiakini difahamkan kakitangan kesihatan di wad Covid-19 terpaksa berdepan kemarahan ahli keluarga pesakit yang dalam kesedihan – sama ada berkenaan kunjungan pesakit di wad mahupun soal pengendalian jenazah.

Kedua-dua perkara itu dilarang untuk mengelakkan penularan wabak.

Antara lain, difahamkan ahli keluarga yang terdesak menjadi marah apabila kakitangan kesihatan enggan menggunakan “ubat atau penawar ajaib” yang dibawa ahli keluarga.

Bilangan kes baru Covid-19 di Malaysia kekal melebihi 5,000 sehari, di saat Malaysia meneruskan penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh sehingga 28 Jun ini.

Pada bulan ini saja, angka kematian akibat wabak ini sudah melebihi 1,000 orang, manakala sejumlah 917 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Mk

Doktor ditumbuk di wad Covid-19 – Hospital Klang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pesta seks, dadah jadi sambutan harijadi doktor


Sebaran :

Leave a Reply