‘Bumi tiga daerah kaya dengan emas’-Wan Rosdy

'Bumi tiga daerah kaya dengan emas'-Wan Rosdy

‘Bumi tiga daerah kaya dengan emas’-Wan Rosdy

Kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan kelestarian alam sekitar tidak terus digugat dengan pelbagai aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha menyekat aktiviti yang menjejaskan alam sekitar akan terus dilakukan oleh agensi penguat kuasa di semua peringkat.



Menurutnya, kegiatan melombong emas tanpa lesen misalnya bukan sahaja menyebabkan berlakunya kejadian hakisan dan pencemaran sumber air, tetapi turut menyebabkan kerugian hasil cukai yang sepatutnya kerajaan negeri terima.

“Tindakan tegas perlu terus diambil terhadap pihak yang terbabit dengan aktiviti yang mengundang kepada pencemaran serta kemusnahan alam sekitar, perbuatan mereka menimbulkan masalah pada banyak pihak.

“Justeru, agensi penguat kuasa di semua peringkat perlu lebih peka dan aktif menyekat kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

 



Laporan berkenaan menyiarkan kejayaan Operasi Bersepadu Lombong yang diadakan Unit Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Zon Timur dan Zon Barat dan Unit Tindakan Khas (UTK) Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (Unified) selama tiga hari.

 

'Bumi tiga daerah kaya dengan emas'-Wan Rosdy

LAPORAN Harian Metro, 12 Jun 2021. FOTO Arkib NSTP

Operasi berkenaan membawa kepada penemuan kawasan melombong emas yang menggunakan kaedah lubang bagi mendapatkan tanah serta batu yang mengandungi emas, cara berkenaan dikatakan lebih memberi hasil lumayan.



Bagaimanapun, usaha menahan warga asing melakukan kegiatan itu gagal kerana mereka terlebih dahulu mengesan kehadiran pihak penguat kuasa.

Wan Rosdy berkata, dia memuji kesungguhan JPNP yang sentiasa berusaha membanteras aktiviti melombong emas tanpa lesen di negeri ini, khususnya di tiga daerah, Rompin, Raub dan Lipis, yang terbukti kaya dengan galian berharga itu.

Katanya, Muadzam Shah, Lipis dan Raub perut buminya dianugerahkan dengan emas sejak dahulu lagi, faktor berkenaan mendorong pihak tidak bertanggungjawab menceroboh hutan semata-mata untuk melombong emas.

“Saya berharap JPNP dapat terus mempergiatkan usaha menyekat kegiatan melombong emas tanpa lesen bagi menjaga alam sekitar seterusnya mengelak kerajaan kehilangan hasil setiap tahun.



“Kerjasama antara agensi kerajaan perlu dipertingkatkan dalam memudahkan usaha mengesan aktiviti yang menyalahi undang-undang itu,” katanya.-HM

‘Bumi tiga daerah kaya dengan emas’-Wan Rosdy


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rupa-rupanya Gunung Jerai sumber batu permata asli



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker