Ini penghinaan kepada Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat – Noh Omar

Ini penghinaan kepada Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat - Noh Omar

Ini penghinaan kepada Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat – Noh Omar

Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkaitan tempoh darurat.

Kata Tan Sri Noh Omar kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan itu dianggap satu penghinaan kepada Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Jika Baginda bertindak untuk sambung atau tamatkan darurat atas nasihat Kabinet, soalan saya kepada Menteri kenapa melantik kami dan sekarang menafikan peranan kami semua?

“Adakah Menteri merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri mengenai peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021? Saya minta Menteri jelaskan apa sebenarnya peranan kami?

“Mengapa para Menteri Perikatan Nasional suka buat kenyataan yang bercanggah dan ‘flip flop’ yang boleh mengelirukan rakyat? Soalnya di media sosial Facebook, pada awal pagi Ahad.

Ini penghinaan kepada Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat - Noh Omar
Sumber Facebook mynohomar

Noh yang juga Ahli Parlimen Tajung Karang berkata, kenyataan bercanggah beberapa Menteri juga kemungkinan disebabkan Parlimen tidak bersidang.

“Saya fikir mungkin kerana Parlimen tidak dibenarkan bersidang maka tidak ada semak dan imbang serta menteri boleh membuat keputusan sesuka hati sahaja.

“Sebelum ini seorang menteri dah tutup pintu depan tapi ada pula menteri lain yang buka pintu belakang akibatnya jumlah mangsa COVID-19 semakin bertambah dan tempoh PKP 3.0 terpaksa disambung lagi dua minggu,” tambahnya.

Terdahulu, Takiyuddin berkata, menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri untuk terus menasihati Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat.

Katanya, persoalan mengenai sama ada darurat yang akan tamat 1 Ogos depan akan diteruskan atau tidak atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong Baginda, tidak seharusnya timbul.

Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 mempunyai 19 keanggotaan termasuk Noh Omar.-Awani

Ini penghinaan kepada Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat – Noh Omar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Azalina cadang ‘kerajaan darurat sementara’ libatkan semua parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker