4 lelaki bersama 3 tan daun ketum ditahan

4 lelaki bersama 3 tan daun ketum ditahan
4 lelaki bersama 3 tan daun ketum ditahan

ALOR SETAR: Polis menahan empat lelaki dan merampas 315 bungkusan daun ketum seberat lebih tiga tan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Baling-Gerik di Kupang dekat Baling, hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling Shamsudin Mamat berkata dalam tangkapan pertama pada 12.15 tengah malam, polis menahan sebuah lori 10 tan jenis Nissan yang dinaiki tiga lelaki berumur 20 hingga 30 tahun.

“Lori yang datang dari arah Kupang menghala ke Gerik itu diarahkan berhenti di tepi jalan. Hasil pemeriksaan telah menjumpai 300 bungkusan plastik hitam yang berisi daun ketum seberat 3,000kg (tiga tan) di bahagian belakang lori berkenaan.

“Pada 2.30 pagi pula, polis menahan seorang lelaki berumur 48 tahun yang membawa 15 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum seberat 150kg di bahagian but kereta jenis Proton Persona yang dipandunya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya merampas dan membawa kesemua 315 bungkusan daun ketum yang dianggarkan bernilai lebih RM100,000 itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling untuk tindakan lanjut.

Shamsudin berkata kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik dan hasil saringan ujian air kencing mendapati tiga daripada empat suspek yang ditahan positif dadah methapethamine dan benzo.

“Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari sehingga 16 Jun depan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. FMT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


‘Ketum’ lebih kurang sama, jangan ambil kesempatan pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker