Tawar RM190 Khidmat Seks Guna WeChat

Tawar RM190 Khidmat Seks Guna WeChat

Tawar RM190 Khidmat Seks Guna WeChat

Sungai Petani: Hanya dikenakan bayaran RM190 untuk layanan satu jam khidmat seks, sembilan wanita warga asing dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini malam tadi.

Dalam serbuan Ops Gegar yang bermula jam 8.30 malam itu, sembilan wanita warga Thailand, Vietnam dan Kemboja berusia antara 25 hingga 36 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Timbalan Pengarah JIM (Kawalan) Kedah, Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, operasi itu dilakukan dalam Ops Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) dilaksanakan ketika ini.

Beliau berkata, operasi ini dilakukan hampir dua jam membabitkan seramai 19 pegawai dan anggota dari JIM Kedah yang berakhir jam 10.30 malam.

“Modus operandi yang dilakukan mereka adalah dengan menggunakan aplikasi We Chat untuk mempromosikan wanita cantik yang menawarkan perkhidmatan seks.

“Bayaran yang dikenakan sebanyak RM190 untuk satu jam layanan dari wanita berkenaan untuk melakukan aktiviti tidak bermoral itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosmaliza berkata, antara barangan yang dirampas adalah seperti kondom, gel pelincir, telefon bimbit, ubat perangsang seks dan pasport.

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, lima orang wanita terbabit sudah mempunyai pelanggan manakala selebihnya sedang menunggu pelanggan di bilik masing-masing.

“Ketika itu kesemua mereka enggan memberi kerjasama sepenuhnya untuk membuka pintu bilik menyebabkan pekerja hotel berkenaan diminta untuk membuka kesemua sembilan bilik berkenaan.

“Berikutan itu, sebanyak tujuh saman saksi dikeluarkan kepada dua pekerja dan lima pelanggan,” katanya.

Rosmaliza berkata, salah seorang wanita yang ditahan mengaku memasuki negara ini menggunakan sampan dari Tak Bhai, Thailand ke laluan tikus di Kelantan secara tidak sah.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kesemua wanita berkenaan dipercayai menyewa bilik dengan menggunakan nama lelaki tempatan dengan bayaran tertentu.

“Pihak JIM akan mengesan penama lelaki tempatan terbabit dan kita akan mengesan pelawat asing yang masih berdegil untuk pulang ke negara asal secara sukarela.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Pejabat Imigresen Anak Bukit untuk disaring terlebih dahulu sebelum ditahan di Depot Imigresen Belantik,” katanya.

Rosmaliza berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pind. 2002) dan Peraturan 39(b) Peraturan – Peraturan Imigresen 1963.-HM

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Dihukum sebat kerana tawar perkhidmatan seks dalam talian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker